Nuffnang Ads

Saturday, December 8, 2012

"Alhamdulillah, saya dah kurus".

Assalamualaikum WBT,

"Eh, akmal, cuba pusing-pusing sikit. Hamboih, kemain, kurus kau sekarang kan? cantik je aku tengok, apa rahsia kau?"- Kata seorang kawan.

Saya jawab " ala, takde apa-apa pun, saya jogging, bersenam sikit, kawal makan, minum banyak air suam, sit up. Teringin nak pergi gym tapi takut nanti badan berketul-ketul. So, saya ada juga dulu berjinak dengan supplements cuma sekejap je la sebab ada kawan cakap, kalau berhenti makan, badan kita akan naik secara mendadak".

fine!! ini bukan aku sekarang! huh!
Hurrmmm.. itu la saya. Jawab je la apa yang boleh dijawab. Iya la, kadang-kadang kita jawab tak seperti mana yang orang lain nak kan. Ada orang minat kita gemuk sikit, chubby2 sikit, diri sendiri nak kurus kering, iya la, kurus sampai orang kata kita ni aneroksia barbosa *Captain Barbosa. hahaha.. 

Ada juga yang tanya "eh! AKMAL!!! comelnya awak, makan apa ni? Anak lembu ke? ke makan nasi 5 kg sehari?"

Saya jawab, "erkk!! alhamdulillah, baru je saya telan seekor ibu lembu tadi, sekarang ni rasa lapar lagi, ada yang nak kena makan ni nanti".

Kan best kalau ada orang tanya aku macamtu.

Ehem, kepada semua, aku memang tak pernah kurus kering, or kurus. Dialog itu semua berasal dalam kepala saya. Semua bermain dalam minda saya. Seronok kan dapat berangan sekali sekala. Hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: nak diet, tapi gagal! hahahha

No comments:

Post a Comment