Nuffnang Ads

Tuesday, December 4, 2012

Ketagihan Terhadap Internet Semakin Menular?

Assalamualaikum WBT,

"I promise to play Nintendo for 30 minutes if only daddy promises to play less cellphone games and play more with me" - Five-year-old girl's pledge in South Korea.

Hebat bukan? ketagihan terhadap all these digital gadgets, smartphones, tabs, and so many others la dan yang paling hebat, ketagihan terhadap benda ini bermula dari umur 3 tahun! Pada tahun 2010, di Korea Selatan, seorang bayi perempuan berumur 3 bulan mati kerana kedua-dua ibu dan bapanya hanya memberi makan bayi itu makan sekali sehari. Ibu dan bapa tersebut lebih mementingkan permainan game komputer. 

Park Jung-in yang berusia 11 tahun dari Korea Selatan merupakan salah seorang daripada jutaan remaja yang mempunyai ketagihan terhadap gadgets. Sepertimana yang kita semua tahu, Samsung adalah sebuah syarikat yang membangunkan dan mengeluarkan smartphones yang berasal dari Korea Selatan. Ia bukanlah salah satu daripada faktor yang menyebabkan remaja terpengaruh untuk menggunakan smartphones namun, ia mungkin menjadi daripada salah satu faktornya, Mungkin.

Apa-apa pun, The American Psychiatric Association's Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders telah menyenaraikan ketagihan terhadap internet sebagai satu perkara penting untuk dikaji mendalam. Ini kerana, ia masih tidak jelas samaada untuk diklasifikasikan sebagai mental illness ataupun masalah sosial. 

Di Malaysia, perkara seperti ini telah menular. Walaupun kerajaan telah melarang telefon bimbit dan alat komunikasi lain ke sekolah oleh pelajar sekolah, namun, ketagihan terhadap internet dan perkara sepertinya masih ditahap membimbangkan. Seriously, saya melihat, seawal umur 3 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan telefone, elektronik tab, eletronik pad, laptop, elektronik note dan sebagainya. Mungkin kelajuan internet kita tidak selaju Korea Selatan, Singapura, Taiwan namun, ketagihan terhadap gadget tetap ada.

Namun, mungkin boleh dikatakan, tahap kebimbangan tersebut masih ditahap yang rendah kerana kebanyakan kanak-kanak didedahkan dengan hanya permainan/ game biasa yang tidak memerlukan internet. Namun, perkara ini mungkin akan berubah dan menjadi lebih teruk. Kebimbangan ini mungkin akan menjadi lebih teruk apabila gadget menjadi murah dan mampu milik. Trend dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak, mungkin. Melihatkan anak jiran mempunyai tab, anak kita mungkin menginginkan tab juga. Namun, kita boleh menahan daripada ia berlaku, kita mungkin boleh memberikan perhatian lebih terhadap benda lain, seperti kemajuan anak-anak dalam pendidikan. Ia, mungkin tab dan sepertinya dalam membantu anak-anak dalam kemajuan pendidikan, tapi ia juga mungkin akan menjadi satu gangguan dalam kemajuan pendidikan anak-anak. Kan?

Tetapi, mungkin dengan perhatian lebih yang diberikan oleh ibu bapa, ia dapat menyekat keinginan anak-anak dalam hanya bermain gadgets. Ibu bapa juga perlulah memberikan perhatian lebih bagi membolehkan anak-anak menjalani kehidupan normal seperti waktu remaja dulu-dulu membesar.

Pada zaman saya dahulu, zaman remaja saya bermula pada tahun 2001 (form 1) - 2005, dan zaman kanak-kanak pula bermula dari tahun 1995 ( Darjah 1) - 2000 (darjah 6). Saya tidak didedahkan dengan komputer dan saya tidak tahu apa itu computer, laptop. Saya masih ingat telefon kakak saya, yang berjenama Alcatel dan juga telefon besar Motorola. Itu adalah kali pertama saya melihat telefon bimbit. Hahaha... Tapi sekarang, saya ada Nokia, Blackberry dan satu Laptop. Hehehe... 

Tidak ketagih tapi memerlukannya. 

Assalamualaikum WBT

p/s: jeles kanak-kanak berusia 5 tahun ada tab. hahaha

No comments:

Post a Comment