Nuffnang Ads

Saturday, December 1, 2012

Majlis Istiadat Konvokesyen UNISZA Ke-4, Congrats BEN Class 2008!

Assalamualaikum WBT,

Selamat petang semua, apa khabar? Mesti anda semua sihat kan? Seperti mana yang saya perkatakan aritu tu, saya pergi ke Terengganu untuk Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-4 yang bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak. Alhamdulillah, majlis telah selamat disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Sultan Terengganu, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin juga telah mencemar duli menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin Ke-4.

Alhamdulillah, untuk Sidang Pertama pada 1 Disember 2012, seramai 299 graduan telah menerima skrol. Kami, pelajar Bachelor of English, Kelas 2008 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipilih menerima skrol dan Sultanah telah berkenan untuk menyerahkan skrol dan ini adalah sejarah bagi Fakulti Bahasa dan Komunikasi kerana dipilih menjadi Fakulti yang pertama menerima skrol kerana sebelum ini, Fakulti Kontemporari Islam selalunya menjadi Fakulti pertama untuk menerima skrol. Alhamdulillah, kami sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris , Kelas 2008 amat berbangga kerana dipilih menjadi Batch yang pertama pada sidang pertama menerima skrol. Ya, kami seronok. 


Dan, sekarang, saya officiallynya Graduan Alumni UniSZA. Dan saya adalah First born of Bachelor of English Falcomm. Despite all the difficulties that we had been through, we are proud, yes, we are.  

And now, selamat berjaya dan selamat mencari kehidupan, semua! Love you all.

Assalamualaikum WBT. 

p/s: sesi bergambar.

No comments:

Post a Comment