Nuffnang Ads

Tuesday, December 4, 2012

Perubahan Kearah Kebaikan?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mood convo masih terasa? Masih melihat gambar-gambar yang diambil? Masih menantikan gambar-gambar convo yang diambil rakan untuk diupload? Masih melihat buku-buku yang ada? Takpe, transition daripada perkara yang lama kita selalu buat untuk pekara baru adalah satu benda yang agak susah untuk dilakukan. Trust me! I know.

Bercakap fasal transition ataupun peralihan, ia memang sesuatu yang agak susah untuk diterima bukan?  Sebagai contoh, kita dah lama pakai Colgate as our tooth paste then tetiba ada salesman kata, "kak, gunalah ubat gigi Safi ni, bagus dan halal". Mesti kita terfikir, eh, ubat gigi lain tu tak halal ke? Banyak thoughts yang akan keluar kan? Kita sendiri yang buat thoughts tu, kadang-kadang realitinya tidak sepayah yang disangka, tetapi ada juga realiti lebih susah daripada apa yang difikirkan. Namun, itu tidak menjadi masalah apabila kita sudah melepasi that transition period. Tapi kadang-kadang untuk melepasi that transition period tu bukan satu perkara yang mudah.

Iya, lah, bila kita dah lama makan nasi, tetiba kita terpaksa makan roti. Sedangkan orang lain dah makan roti lama, kita baru nak mula. Pada mulanya ia memang susah, tapi bila dah lama, hari-hari makan roti, kita mesti dah biasakan diri kita. Itu analogynya. Susah pada mula, senang bila dah mula dengan determination. Yes. Analogy boleh dibuat dengan fikiran logik, namun, kehidupan yang dilalui tidak memerlukan analogy untuk dicuba-cuba. Kadang-kadang, once kita dah cuba, tidak ada that turning back point yang boleh kita buat. Tiada U- Turn tetapi yang ada hanya jalan yang terus kehadapan tetapi sepanjang perjalanan, kita boleh buat improvement. Banyak improvements yang boleh kita lakukan. Cuma, kita sendiri kena berani.

Tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah, setiap perubahan perlukan pengorbanan. Sebesar mana setiap pengorbanan tersebut adalah unknown tetapi once kita buat perubahan, kita perlu sentiasa remind ourselves that setiap perubahan adalah untuk kebaikan diri kita sendiri serta keluarga. Mungkin di mata orang lain, perubahan yang kita lakukan adalah tidak baik, ataupun mereka masih menggunakan Colgate tatkala kita sudah menggunakan Safi. Hanya kita tahu kebaikkan sesuatu itu jika kita membuat perubahan. Perubahan ke arah kebaikan hendaknya. 

Maaflah, sedikit serious entry di pagi hari ni. Hahaha...

Saya ada satu thought for today:

"You have to live your story before being able to write your story" - Amy Shearn

Assalamualaikum WBT

p/s: nak cari idea.

No comments:

Post a Comment