Nuffnang Ads

Friday, December 21, 2012

Selamat Kembali, Katanya!!!

Assalamualaikum WBT,

Baru sekarang saya dapat berblog. Hehe... Maaf dipinta sebab banyak kali saya tak update blog, sibuk, saya tinggalkan laptop saya so saya tak dapat nak update blog. Hehe, sorry. Okay, sebelum saya dapat laptop ni, maksudnya, sebelum saya dapat online ni, kemain lagi nafsu membuak-buak untuk update la, itu nak update la, ini nak update la, macam-macam terfikir dalam kepala hotak ni. Seyes! Tapi bila dah dapat berblog ni, macam-macam pulak yang tak datang kat kepala saya ni. Seyes!

Okay la, hari tu, hari sebelum saya pulang dari KL, iya, saya duduk KL sekekap kat rumah kawan saya, Belle. Thanks belle, hehehe... Sebelum saya balk, saya berpeluang untuk tengok satu movie, cerita apa? haa... memang best sangat movie ni, saya suka sangat!! Okay, saya bagitau, Hobbit : An Unexpected Journey. Suka! Lambat jugak la kami bangun pagi tadi. Betul lah, saya tengok semalam, Khamis, so, hari ni hari Jumaat, cmtu la kan?

Okay, sekarang, buat sekian kalinya, saya menonton cerita Lord of The Rings "The Fellowship of the Ring", memang best cerita-cerita macam ni, saya suka sungguh. Satu lagi cerita adalah Harry Potter movies. Ramai jugak yang seangkatan dengan saya, hehe,, contoh, Wahida, Debby dan some other few friends yang memang membesar with these movies. Hebat bukan, kami membesar with these movies dan kami bangga. Iya, kami bangga. *well saya saja guna kami, sebab saje je... hehehe...

Setting Lord of The Rings tu di New Zealand kan, so, kan best kalau saya dapat pergi sana. Maksudnya kan best kalau saya dapat melancong ke sana. Hehehe... sapa nak bawak saya ke sana?

Tapi takpe, menonton these movies dah membuatkan saya gembira. Hehe...

Satu pengajaran yang saya dapat dari movie the Hobbit : An Unexpected Journey tu, walaupun kita kecil from both sides (badan or semangat) or salah satu daripadanya, jangan takut, dalam movie tu, kita kena berani mencuba. Hehe.. kadang-kadang, saya dapat sesuatu kan, cuma kadang-kadang, saya jarang sikit nak ikut. Hahaha...

Eh, apa-apa, saya gembira dapat kembali ke dunia blogging ni, lama betul tinggal. Rindu sungguh. Sorry sebab  tak dapat nak blogwalking okay? Internet tenat.

Assalamualaikum WBT

p/s: nak menonton Maharaja Lawak Mega pulak. Go Zizan!!!

No comments:

Post a Comment