Nuffnang Ads

Wednesday, December 26, 2012

Semoga roh beliau dicucuri Rahmat.

Assalamualaikum WBT,

Good morning everybody.

Setiap kehidupan akan mati, itu lah perkara yang selalu diperkatakan cuma cara kematian adalah berbeza. Ada yang sakit, ada yang mati mengejut, ada diuji dengna pelbagai perkara, namun, kematian itu pasti.

Bagaimana dengan persiapan kita dalam menghadapi kematian? hurrmmm, jikalau difikirkan fasal timbang tara ini, pastinya setiap hati menjadi susah kan? Iya la, memikirkan diri ini masih tidak cukup amalan untuk dibawa kelak. Tapi, sebagai hamba-Nya, kita seharusnya selalu cuba untuk memperbaiki diri dan selalu mengingati-Nya supaya insyaAllah, Allah akan jinakkan hati-hati kita yang keras dan liar ini. Banyakkan berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Bukannya kalau kita ni kuat agama, kita takde ujian. Sebenarnya, orang yang kuat agama itu lebih besar ujiannya yang pastinya diturunkan oleh Allah SWT. Makanya, jangan takut untuk berbuat baik. Saya pun selalu pesan diri sendiri dan cuba untuk berbuat baik kepada orang ramai, cuma, kadang-kadang, hasad dengki, sakit hati, semua penyakit hati ini, lebih besar kesannya dari perbuatan baik tersebut. Jadi, itulah sebabnya saya terasa susah untuk berbuat kebaikan, tapi, itu tidak semestinya saya tidak boleh berbuat kebaikan bukan?  Itu bukan kayu pengukurnya, berbuat kebaikan sekali juga BUKANlah kayu pengukur untuk melabelkan kita sebagai seorang yang baik hati dan sebagainya.

Iya, benar, dalam berbuat kebaikan, ia perlulah berterusan dan istiqomah *lama tak guna perkataan ini. Iya la, kalau macam saya ni, sekejap buat baik, sekejap tak buat baik, itu istqomah jugak, itu istiqomah dalam celup-celup, iya la, sekejap baik, sekejap tak baik. Hehe...

Tapi apa-apa pun, selalu cuba perbaiki diri dan banyakkan berdoa. okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Semoga roh Tok Yahya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment