Nuffnang Ads

Wednesday, December 5, 2012

Ya Allah, Semoga Dipermudahkan. Amin.

Assalamualaikum WBT,

Permasalahan. Itu adalah satu perkataan yang mudah untuk diungkapkan tapi payah untuk ditangani. Memang setiap permasalahan mempunyai jalan untuk diselesaikan tetapi ada permasalahan yang payah untuk diselesaikan. 

Menjadi lumrah manusia untuk berada dalam masalah, tetapi, kalau takde masalah langsung, itu pulak menjadi satu masalah. Tengok? setiap manusia ada masalah tetapi, cara penyelesaian masalah itu akan melihat sejauh mana rasional pemikiran kita. Saya juga ada masalah, masalah sendiri, masalah keluarga, masalah pemikiran, dan macam-macam. Kadang-kadang pening juga memikirkannya. 

Terlalu sensitive untuk disebutkan di sini, namun, rasional seseorang manusia itu penting sebelum melakukan sesuatu. Rasional? Bercakap fasal rasional, ia berkaitan dengan pemikiran. Timbal balik pemikiran. Negatif, positif, itu semua adalah rasional. Jikalau kita berfikiran positive, maka, positivelah sesuatu perkara tersebut, namun, jika kita berfikiran negative, maka negative la sesuatu perkara tersebut. Namun, janganlah dek kerana kata-kata orang, kita menjadi negative, janganlah dek nafstu kita menjadi negative. 

Permulaan selalunya payah, susah, kasar, namun, apabile usaha dan determination ada diletakkan di dalam kepala, insyaAllah, segalanya akan menjadi elok. Analisis diri kita, di mana kekuatan kita, di mana kelemahan kita, apa pandangan orang lain terhadap kita, cuba perbaiki diri kita dan akhirnya, perubahan tersebut akan ada dan tonjolkan kepada orang lain supaya orang lain boleh menjadikan perubahan kita sebagai contoh. 

Mungkin perubahan tidak akan terjadi hanya dalam 1 malam, bersabar lah. Berdoalah semoga semuanya dipermudahkan.

Assalamualaikum WBT

p/s: Semoga dipermudahkan.

5 comments:

  1. thank ezasunflower : InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. prinsip akak setiap pemasaalahan ada penyelesaiannya walau serumit mana pun, cuma lambat cepatnya sja kita tak tau.insyaallah..sabar n doa..

    ReplyDelete
  3. iya la kak WC, insyaAllah, segalanya akan diselesaikan dengan mudah. insyaAllah.. amin.

    ReplyDelete
  4. iya la kak WC, insyaAllah, segalanya akan diselesaikan dengan mudah. insyaAllah.. amin.

    ReplyDelete