Nuffnang Ads

Thursday, January 17, 2013

American Idol Season 12 Grand Primere on StarWorld.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Maaflah fasal video semalam, di entry Test Suara sebab ada error kan? Sorry lah, mungkin sebab file tak habis download kot. Sorry.

Alhamdullillah, sekarang saya telah menghabiskan lebih kurang dua minggu di Giat Mara kan ? Dan seminggu meminum Diet Gold dari D'Herbs, tapi tak sampai hari Jumaat lagi kan? So, tak boleh nak bagitau pengalaman.

Sebenarnya tadi saya menonton American Idol, alar macam kat Malaysia di suatu ketika dahulu ada Malaysian Idol kan, Jaclyn Victor MI 1 and Daniel Lee MI2 winners kan? Ingat tak? Tapi yang American Idol ni lebih gah, lebih konsisten dan lebih banyak bakat yang luar biasa, bukan kat Malaysia takde bakat cuma, mungkin ruang industri yang kecil membataskan bakat-bakat besar yang ada. Malaysian Idol juga melahirkan Dina Nadzir yang mempunyai suara yang teramat hebat tapi kerana tiada lagu yang baik dan bagus, bakar beliau didivertkan ke bidang lain, iaitu, disc jocking-ing. hehehe... tapi saya akui Dina memang mempunyai suara yang tersangat best dan saya amat suka sekali! eh salah! suka banyak-banyak kali!!! 

tapi apa yang ditunjukkan oleh peserta yang pergi audition di paparkan oleh American Idol Season 12 adalah satu yang boleh dibanggakan. Dari pengurusan,judges, peserta itu sendiri. Memang ada yang macam menangis bila tidak diterima oleh judges tapi ada juga yang positive dan akan mencuba di tahun yang akan datang. SO that is a promise for next season kan?

Tapi memang ada yang berbakat besar dan tak kurang juga yang tidak berbakat langsung. hahaha. Saya memang nak ketawa kalau ada yang over confident masuk depan judges then claimed boleh menyanyi dan menjadikan Nicki Minaj and Mariah Carey as their idols, what the heck. Kau nyanyi pun lintang pukang, nak tiru Nicki and Mariah.. hahaha... please...

Tapi apa-apa pun kan, keberanian dorang memang tidak boleh di sangkal lagi lah... keberanian itu penting untuk memastikan dorang berjaya kan? sama lah dalam hidup kita pun, keberanian dalam memilih peluang dan ambil peluang.. hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: kena tidur awal, walaupun esok tak pergi Giat tapi kena bangun awal jugak sebab my dad ada appointment dengan Doktor kat hospital Temerloh. Jauh tu...

No comments:

Post a Comment