Nuffnang Ads

Sunday, January 6, 2013

Anugerah Juara Lagu ke 27!!! Shila Amzah bakal menjadi juara?

Assalamualaikum WBT,

6 Januari 2013 adalah hari penentuan untuk lagu-lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke 27 di TV3. Satu Anugerah yang berprestij dan mempunyai standard yang tinggi kerana ia diadili oleh juri-juri yang berpengalaman dan mempunyai pengalaman, telinga dan intuition yang baik, jika tidak, masakan mereka menjadi juri kan?

Baik, pada saya untuk Anugerah Juara Lagu kali ini, peluang untuk setiap lagu yang bertanding adalah equal, iaitu sama rata. Setiap lagu mempunyai kekuatan yang tersendiri, saya pun tidak mampu untuk meramal dengan baik lagu manakah yang akan menaiki podium dan menerima anugerah juara lagu tersebut.

Okay baiklah, sebanyak 12 buah lagu yang akan dipertandingan pada malam ini, lagu-lagu tersebut adalah Idola (Azlan and The Typewriter), Pelangi Senja (Stacy), Anak Kampung (Jimmy Palikat feat ONE), Terukir di Bintang (Aizat), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari), Lagu (Bo Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Ku Akui (Hafiz), Simetri (Hazama dan Amy Search), Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) dan Patah Seribu (Shila Amzah). Jelas sekali, penyanyi-penyanyi lelaki mendominasi pencalonan kali ini dan pencipta-pencipta lagu yang baru muncul pecipta teramai untuk AJL 27 ini. 

AJL sebenarnya mengiktiraf komposer, penulis lagu, penulis lirik bukanlah populariti penyanyi itu, tetapi, memandangan sesebuah lagu memerlukan kombinasi terbaik, suara, lagu, lirik, teknik nyanyi dan sebagainya, makanya, secara tidak langsung, penyanyi juga penting dalam melantunkan sesebuah lagu. 

Barisan penyanyi untuk AJL 27 ini adalah majoritinya barisan penyanyi baru dan boleh dikatakan fresh faces yang mana mereka masih hijau dalam Industri tanahair, tetapi, mereka tidak boleh dipandang rendah, ini kerana, mereka bermula daripada bawah dan mereka melangkah, selangkah demi selangkah untuk dikenali ramai dan untuk je Pentas AJL 27 ini.

Apa-apa pun, saya rooting for lagu Patah Seribu dari Shila Amzah dan juga lagu Teman Pengganti dari Black dan RJ kerana saya merasakan kedua-dua lagu ini mempunyai kekuatan yang luar biasa, dari segi melodi dan liriknya. Apa-apa pun, semuanya terletak di tangan juri profesional yang bakal mengadili pertandingan pada malam ini.

Apa-apa pun, selamat menonton Anugerah Juara Lagu ke 27 pada pukul 9 malam ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Siap dah masak. hehe

No comments:

Post a Comment