Nuffnang Ads

Tuesday, January 1, 2013

Baca ini dan Selamat Tahun Baru 2013 !!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Mesti semua pembaca sihat walafiat kan? Iya la, sekarang ada Tahun Baru Masihi, 2013. InsyaAllah, semuanya akan menjadi baik dan berjalan dengan lancar. Amin. Eh, ini kiranya entry pertama saya dalam tahun 2103, untuk itu saya ingin memahatkan entry ini dengan beberapa pesanan dan ucapan terima kasih. Nak bagi ucapan sikit la, boleh kan?

Alhamdulillah, alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berdapat dan melangkah ke tahun 2013 yang penuh barakah ini. Alhamdulillah, seperti mana yang kita semua maklum, tahun 2012 menyaksikan pelbagai peristiwa-peristiwa yang gembira, menyayat hati, sedih dan tidak kurang juga yang biasa-biasa sahaja. Namun, masih terpahat dalam diri kita pelbagai kenangan yang mungkin akan dijadikan peringatan buat diri kita sendiri.

Baiklah, saya mulakan dengan perisitwa yang gembira, tahun 2012 telah menyaksikan dan memahatkan kami, pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris (2008-2012) dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Sultan Zainal Abidin telah berjaya menamatkan pengajian dan kami adalah Batch Pertama, dan itu akan menjadi sejarah dalam FBK. Alhamdulillah, dan tak lama lagi, Batch Kedua, Batch Wahida dan rakan-rakan akan menamatkan pengajian, mungkin nama Degree mereka sedikit berbeza. Tapi kami tetap berasal dari Fakulti yang sama. Alhamdulillah. Hehe..

Itu mungkin adalah highlight/moment of our lives la tu, hehe.. mungkin daripada kita tak dapat melupakan kisah gembira beberapa artis Malaysia yang telah menamatkan zaman bujang mereka, seperti Scha dan Awal, Farid Kamil dan Diana dan ramai lagi artis lain. Dan, kejayaan Shila Amzah di Asian Wave 2012 kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Sukan Olimpik juga menyaksikan beberapa atlet muda negara berjaya menempa nama seterusnya menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pandalela Rinong, Lee Chong Wei,  serta beberapa atlet yang berjaya bertanding dengan nama-nama besar dunia di Olimpik 2012. Tahniah diucapkan.

Perang dalam politik juga menyaksikan kepincangan pengurusan politik Malaysia. Tahun 2012 adalah mungkin, setakat ini, Perang Politik Malaysia yang paling buruk, di mana, pelbagai accusations dilemparkan terhadap kepada pimpinan parti masing-masing. Ahli politik juga mengamalkan persaingan politik yang tidak sihat, sudah parah barangkali, cuma menunggu mati.

Beralih kepada peristiwa dunia, di awal tahun 2012, dunia dikejutkan dengan pemergian lagenda suara dunia, Whitney Houston yang mati akibat permasalahan yang berat. Ada yang berkata, beliau overdosed ubat penenang. Kematian beliau dikatakan satu kehilangan besar oleh seluruh dunia, dan sebelum beliau pergi, beliau telah melakonkan watak seorang ibu kepada Sparkle dalam filem Sparkle. 

Penyanyi pop extreme sensasi, Lady Gaga telah menjadi manusia pertama mendapat 20 juta followers di laman sosial terkenal, Twitter. Lady Gaga ataupun nama sebenar beliau, Stefani Joanne Angelina Germanotta yang dilahirkan di  New York telah bermula sebagai artis persembahan biasa di gigs sekitar New York, kerjasama Gaga dengan Lady Starlight telah membuatkan beliau menemui fashion unik beliau, untuk cerita lebih lanjut sila click Lady Gaga.

Psy, penyanyi pop dari Korea juga telah mencipta nama sepanjang 2012, mungkin lagu Gangnam Style beliau telah menjengah pasaran dunia lewat 2011, namun, tahun 2012 telah menyaksikan keberjayaan lagu beliau dalam menguasai dunia. Gangnam Style telah disaksikan di Youtube lebih dari 1 billion, dan ia telah mengatasi rekod yang dibuat oleh Justin Bieber. Asian's Wave indeed. Pelbagai Cover dibuat dari seluruh dunia. Satu lagi nama yang berjaya menempa nama di pasaran antarabangsa adalah, Carly Rae Jepsen dengan lagu bermelodi catchy beliau, "Call Me Maybe". Carly Rae Jepsen adalah artist yang dilahirkan dari program realiti tv, Canadian Idol. Rezeki beliau dan lagu ini telah di tweet oleh Justin Bieber dan Justin Bieber telah membuat cover yang kemudiannya diposkan di Youtube.

Dan berita yang paling menyedihkan adalah, Serangan Israel terhadap Gaza dan Palestine yang telah mengorbankan ribuan orang dan ini jelas sekali pencabulan hak asasi manusia. Di mana United Nation terhadap serangan ini? Dimana suara mereka? 

Ramai artis Malaysia yang telah mengambil langkah untuk membantu Gaza dengan memboikot pelbagai produk Israel dan US, *mana yang boleh boikot tu boikot la, mana yang tak boleh, takpe. Pelbagai event telah dilaksanakan dalam memberitahu masyarakat Malaysia terhadap kekejaman Israel dan saya juga telah memboikot satu produk mereka, iaitu, Mc Donalds di mana, telah jelas mereka menderma kepada Israel, jadi! boikot lah walaupun hanya sedikit kerana itu akan ditanya di akhirat nanti.

Ini adalah random notes, dari saya, Hotel Majestic di Kuala Lumpur telah dibuka semula setelah 29 tahun. Beberapa hari lepas, saya lalu di situ, sumpah, cantik sangat dan di dalamnya mempunyai chandelier yang banyak dan tersangat cantik! kepada sesiapa yang mungkin ingin pergi bercuti dan tetiba rasa gatal tangan dan menderma kepada Hote Majestic, sila pergi ke sana, cantik seni binanya dan I personally think that you'll not regret your holiday there. Ups! esok dah sekolah. 

Dan pada bulan September 2012, Duke  and Duchess of Cambridge, Prince William and Katherine Middleton telah datang ke Malaysia dan melawat Malaysia. Persinggahan ke Malaysia adalah sebahagian daripada rangka lawatan mereka ke seluruh dunia. Mereka sungguh sepadan. 

Wah, banyak sungguh informasi yang telah saya tulis sempena entry pertama 2013 ni, masih banyak lagi informasi yang mungkin boleh ditulis, tapi saya tulis mana-mana yang saya ingat sahaja, maaf. hehe..

Tapi apa-apa pun, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua. Jangan lupakan apa yang berlaku di tahun 2012, amik sebagai tauladan dan sempadan. Okay?

Assalamualaikum WBT,

p/s: Semoga tahun 2013 adalah tahun yang membawa rezeki kepada kita. Amin.

No comments:

Post a Comment