Nuffnang Ads

Sunday, January 13, 2013

Buat Baik Biar Selalu Tapi Jangan Menunjuk-nunjuk.

Assalamualaikum WBT,

Selalu je saya lambatkan update blog, bukan apa, tadi saya pergi kemas barang dan baru balik dan on laptop. Sampai rumah dalam pukul 3.00 pagi tadi so, sekarang duduk depan laptop lah sekejap, sementara tunggu kesan kopi hilang. hehe.. jap lagi baru saya tidur.

Baiklah, kiranya sapa yang membaca post saya pada waktu ini adalah bagus lah kan? Iya la.. sapa suruh update lelambat...hahhaa... trend sekarang sibuk perhimpunan itu, perhimpunan ini. Perhimpunan Rakyat yang berlangsung di Kuala Lumpur sebenarnya menunjukkan keprihatinan rakyat fasal hal-hal yang berkaitan dengan politik negara. Mungkin ada pihak mengatakan apa yang dibuat oleh sesetengah pihak sebagai contoh Perhimpunan Rakyat adalah tidak patut dan boleh mengaibkan kerajaan. Korang nak tau apa yang orang sekarang mahukan? Ketelusan dan keprihatinan kerajaan terhadap kerajaan sendiri. Rakyat mahukan ketelusan bukannya korupsi, rasuah dan pelbagai lagi perkara yang mampu merosakkan negara.

Setiap pemimpin patut tahu semua ni, saya bukan hanya bercakap fasal individu, namun, saya bercakap untuk setiap pemimpin, baik pro kerajaan sekarang, mahupun pembangkang. Sekarang, orang muda lebih tahu apa yang berlaku di dalam kerajaan. Perilaku mereka, dalam negara. Perbelanjaan, mungkin tahu roughly sahaja, tetapi, itu menunjukkan mereka ambil tahu dan ingin perubahan. Perubahan apa? Sedangkan apa yang ada sudah cukup? Mungkin ada yang berpandangan begitu, tetapi ada sesetengah daripada kita inginkan lebih, apa? Ketelusan, kepercayaan telus bukannya ingin mengundi atas dasar kewangan, bantuan kewangan dan lain-lain keperluan material. Bukan. 

Apa-apa pun, mungkin saya hanya membaca daripada surat khabar, *surat khabar pun berat sebelah, ada tak surat khabar yang adil? Mungkin hanya ada satu, Sinar Harian. TV? TV pun sekarang lebih berat sebelah juga, kadang-kadang saya letih dan berkurang kepercayaan terhadap kerajaan sendiri, bukan apa. Memang benar, setiap orang mahu kelihatan baik dan apabila mereka keluar tv dan surat khabar, reputasi mereka akan menjadi baik, namun, kadang-kala bukan itu yang rakyat mahukan, well, tak semua lah kot, saya tak suka kalau orang buat baik tunjuk-tunjuk. Saya tak suka. Tetapi, itu yang dibuat oleh kebanyakkan orang sekarang. Kesian kan?

Kalau boleh, segala pemberian hendak di iklankan ke tv, surat khabar, blog dan sebagainya. Kalau boleh, satu Malaysia tahu akan kebaikan yang dilakukan. Apa yang telah terjadi kepada nilai? Ke kebaikan sudah tiada nilai dek kerana ingin menunjuk-nunjuk?

Assalamualaikum WBT

p/s: Okay, sudah mahu tidur.

No comments:

Post a Comment