Nuffnang Ads

Saturday, January 12, 2013

Dek kerana coffee saya pengsan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah, ada yang tanya, "Kenapa abang tak letak gambar pelamin yang abang duk kata selalu buat tu dalam blog?".. okay, macamni, saya sebenarnya kerja part time dengan sepupu saya, jadi untuk saya letak gambar pelamin dan hantaran dalam blog saya sebenarnya tidak boleh sebab itu company sepupu saya, itu hak cipta mereka, saya tidak boleh sewenang-wenangnya ambil dan claim dan guna gambar-gambar tersebut. Tetapi, jikalau para pembaca nak tengok dan mungkin berminat nak menempah, maybe for the big day, bolehlah pergi ke Banner Ratio Design yang saya telah tepekkan sebelah kanan atas dan para pembaca bolehlah click di situ. Pembaca boleh mendapatkan maklumat di situ, sebarang pertanyaan bolehlah diajukan ke Zul ataupun Mas Angelina, ada contact numbers kat situ kan? 

Baiklah, saya sebenarnya pagi tadi tak boleh tidur, lepas set-up pelamin semalam, saya minum air kopi PowerRoot dan ia bertujuan untuk tak nak mengantuk semasa memandu, malangnya, saya terus rasa tak mengantuk sampailah pukul 5 pagi, akhirnya selepas pukul  5 pagi tu, saya pun tertidur, lama giler dan bangun-bangun tengok2 dah pukul 5 petang. Saya pun terus lah mandi dan bangun for good lah... memang terlepas dah Zuhur bagai, tapi nak buat camne, huhuhu...

Dan sekarang saya sedang melayari internet dan menretrieve beberapa lagu daripada GLEE..hehe... banyak jugak lah saya download. Eh, nak gtau, malam ni nanti kami akan kemas pelamin dan saya mungkin akan minum kopi jugak, untuk elak mengantuk, kan? Tapi kali ini saya akan minum satu tin je kot, tak lebih lah.. hahaha.. pagi tadi tu saya minum sampai dua tin, so, sebab tu saya tak boleh tidur tu... ahahaha....

So, sekarang ni saya nak rest sekejap for tonight's drive, walaupun tak jauh, tapi boleh tahan lah.. mana tau kan, kot2 ada jam ke malam ni. kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: kawan di GiatMara dah jumpa FB saya...hehehe...so, boleh lah baca blog saya lepas ni...

2 comments:

  1. cx egtkn pengsan bebetul. mcm pelik plak gare2 kopi leh pengsan. biasenya kopi ni kasi migrain je. hehe. ok2. take care tau! :)

    ReplyDelete
  2. CXopportunities: hehe.. tak pengsan cuma keletihan kot...hehe... itu lah.. okay, thanks tau.

    ReplyDelete