Nuffnang Ads

Monday, January 14, 2013

Doa Aku Panjatkan Kepada Mu, Ya Allah.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua, mesti anda semua sihat kan? mesti punya laahhh... saya gerenti anda semua sihat...

Saya hari ni kan, buat semua kerja tak menjadi. Tadi dalam kelas menjahit pun tak menjadi. Mungkin sebab terlalu letih kot, maybe lah,  sekarang ni teramat lah mengantuknya, tapi tak boleh tidur lagi, kena update blog dlu then kena kemas bilik jap. 

Ya Allah... letihnya, Ya Allah Ya Tuhanku, Aku mohon kepada mu kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Ya Allah Ya Tuhanku, Aku juga memohon kepada Mu supaya Engkau kuatkanlah iman ku, kukuhkanlah segala pertahananku dan juga Engkau murahkanlah rezeki aku. Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Kaya. Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu agar Engkau terangkanlah hati-hati kami dalam menuntut ilmu, Engkau terangkanlah hati-hati kami, Ya Allah. Engkau restuilah perjalanan pergi kami serta perjalanan balik kami dari tempat pembelajaran kami. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau tunjukkanlah jalan yang benar dan jalan yang diredhai oleh Mu, Ya Allah. Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami dan Engkau permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah. 

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau ampunkanlah dosa ibu bapa kami dan Engkau sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kami, Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan sekalian alam dan kepada Mu kami memanjatkan doa. Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayangi.

Amin, Ya Rabbal Alamin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Selamat malam.

No comments:

Post a Comment