Nuffnang Ads

Wednesday, January 2, 2013

Giat Mara Malaysia, Fashion and Dressmaking.

Assalamualaikum WBT,

Ramai yang bertanya-tanya macamne nak tambah followers di tahun baru 2013 ni kan? Sumpah, saya pun tak tau sebenarnya cara yang munasabah lagi logik untuk tambah followers, cuma saya rasa, kalau tulisan kita tu cantik dan suka dibaca ramai dan boleh direlate dengan diri si pembaca, rasanya tidak ada masalah bagi pembaca untuk membaca dan seterusnya mem-follow kita punya blog.

Eh! tetibe buka cerita camni lak kan? saya tak sengaja, gitu.

Alhamdulillah, saya telah mendaftar di salah sebuah institusi kemahiran di tempat saya tadi. Ramai yang mempertikaikan tindakan saya untuk mengikuti kursus ini, tapi alhamdulillah, saya mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan. Sebenarnya, this moment ni akan datang sekejap ataupun lambat, cuma masa sahaja tetapi alhamdulillah, ia sampai sekarang, pada permulaan tahun 2013. Mungkin telah ramai yang dapat meneka apa yang institusi kemahiran apa yang saya daftar kan? Okay, takpe, di akhir entry ini saya akan mention institusi tersebut. 

Fashion and Dress making adalah nama kursus yang saya daftar, dengan yuran hanya RM95.00, insyaAllah, selama 6 bulan saya akan mengikuti kursus ini, semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, selepas saya mengikuti kursus ini, saya akan bergiat dalam menghasilkan pelbagai jenis baju dan pakaian untuk kaum wanita dan masih mengekalkan nilai-nilai ketimuran dan nilai-nilai sopan, InsyaAllah.

Saya ingatkan tadi saya seorang je yang berumur pergi mendaftar di situ, tetapi, masih ada yang lebih berumur daripada saya yang mendaftar, terkejut dan agak terkesima, tetapi mungkin mereka yang lain lebih terkesima dan terkejut melihat saya, seorang lelaki handsome, mendaftar mengambil kursus jahitan (Fashion dan Dressmaking ). hehe.. mungkin, itu tanggapan saya.

So, nama kursusnya adalah Fashion and Dressmaking atau lebih dikenali sebagai FND. hehe, esok adalah hari pertama saya, hari ini tadi, saya hanya mendaftar disitu, so, esok adalah kelas pertama dan mungkin sesi suai kenal bagai, kita tengok lah bagaimana esok yer? nantikan entry saya pada malam esok yang mana, akan menceritakan pengalaman pertama di Giat Mara Malaysia Cawangan Raub. hehe,, ya, itu nama institusi tersebut. 

Assalamualaikum WBT

p/s: jumpa kawan lama tak jumpa, adalah dalam 12 tahun, haha,, Sila namanya.

No comments:

Post a Comment