Nuffnang Ads

Thursday, January 3, 2013

Hari Pertama di Giat Mara Malaysia!.

Assalamualaikum WBT!!

 As promised last night in the previous entry, I, now will tell you about the first day at Giat Mara Raub. A first day as a student there, OMG! Excited ya amat! Seriously.

Well, Giat Mara sebenarnya telah di salah anggap oleh pelbagai pihak sebenarnya. Secara jujurnya, saya juga dahulunya menganggap bahawa Giat Mara adalah untuk mereka yang tidak mempunyai peluang dalam melanjutkan pengajian di universiti, kolej dan lain, namun! tanggapan saya salah. Kemahiran seperti ini amat penting pada waktu sekarang, kemahiran ini jugak boleh membuat duit, cuma kena lah buat secara bersungguh-sungguh. Mana-mana lah pun sebenarnya kan?

Jadi, pengalaman saya tadi agak okay dan biasa-biasa sahaja cuma, one the first day, I dan kena picked on dah, i mean, cam dorang nak bergurau kot, so, dorang cakap muka saya cam Yus, Jambu. Okay, saya memang pakai PINK hari ini, I know its cute, so, hahaha, memang pink dan comel la saya hari ini. Was. hehe..

Then, selepas ceramah yang diberikan secara ikhlas dan ringkas oleh Pengurus Giat Mara Malaysia Cawangan Raub, kami bersurai dan mengemas bengkel untuk meneruskan aktiviti bersama guru-guru masing-masing. As you all know, my kursus is Fashion and Dressmaking kan? Tadi juga berlangsung pemilihan untuk Ketua dan Bendahari. Ketua kami adalah Puan Nurniza dan Bendahari kelas kami adalah Saya!! Akmal bin Razlan. Saya bendahari, sokmo cmtu, pegang duit lak tu, selalunya bendahari adalah muka yang dibenci oleh ramai, iya laa, asyik minta duit je. kan? hehe...

Selepas tu, Giat Mara juga menerapkan pengisian disiplin yang baik, seperti setiap pagi, kami akan berhimpun dan menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Pahang dan juga lagi Giat Mara *saya tak tau lagi lagunya cmne, biarlah dulu yang tu. Selepas perhimpunan, kami akan meluangkan sedikit masa untuk membersihkan keadaan sekeliling dan mengutip sampah-sarap yang ada untuk dibuang, selepas itu, kami semua juga ditugaskan untuk menyiram pokok bunga, membersihkan tandas dan membuang sampah, samada sebelum ataupun selepas kelas. 

Pada saya, sebenarnya, mungkin ada yang berpendapat, "apahal pulak kena buat perkara ini, datang sini nak belajar laa". Mungkin ada yang berfikiran cmtu kan? Tapi, maksud tersirat disebalik apa yang disuruh adalah untuk mempupuk rasa tanggungjawab dan rasa sayangkan amat sekitar dan bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin kita kadangkala terlepas pandangan dengan apa yang ada, mungkin sebelum ini, rasa tidak cukup menyelubungi diri dan rasa ingin akan kesemuanya dalam masa yang sama, jadi, dengan menyertai kursus seperti ini, InsyaAllah, mungkin kami akan berubah, di samping mendapat ilmu yang dituntut, kami juga, insyaAllah, akan cuba mengubah dan lebih berasa tanggungjawab terhadap apa yang ada. InsyaAllah.

Dan untuk pengetahuan, Giat Mara memperuntukkan banyak peruntukkan untuk membantu bangsa Melayu untuk lebih berjaya dalam kehidupan. Makanya, jikalau anda semua ada masa untuk menyertai kursus seperti ini, apa salahnya anda pergi ke website Giat Mara dan lihat apa yang ada di sana, ataupun, satu lagi institusi pendidikan yang berasaskan kemahiran yang amat ingin membantu Bumiputera adalah Kolej Komuniti. Pada bulan 7 nanti, Kolej Komuniti akan membuka pintu pendaftaran untuk mereka yang berminat dan belajar. Minat penting dalam kemahiran ini. Jangan lupa itu. Jadi, kalau sesiapa yang berminat, silah lah, jenguk2 lah laman web mereka dan daftar!

Assalamualaikum WBT

p/s: looking forward for tomorrow.

No comments:

Post a Comment