Nuffnang Ads

Saturday, January 19, 2013

Jom Clubbing!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Moga semua pembaca setia baik hendaknya. Amboi, mementanglah malam ni malam Ahad *Sabtu malam Ahad,gitu.. mesti ada yang pergi clubbing kan? Kalau kat banda-bandar besar dunia mahupun dalam Malaysia ni, nak-nak Kuala Lumpur, mesti ramai je di kelab-kelab malam menikmati dan kononnya berhibur hati dengan menari dan mendengar muzik kan? Entah lah..

Saya pun aritu masa praktikal pernah je rasa nak masuk club, bukan nak menari ke apa, cuma nak tau apa yang ada dalam kelab tu, sebagai contoh, kan aritu saya praktikal kat Malaysia Tourism Centre Kuala Lumpur (MaTiC), kebetulan bersebelahan dengan MaTiC tu ada Zouk, kelab malam yang sungguh famous di KL, semua orang tahu Zouk kat mana kan, dan kat belakang tu, penuh lah kelab-kelab malam yang penuh dengan lautan manusia, kalau setiap pagi tu, saya lalu, ya Allah, bau arak, menusuk hidung dan kalanya saya nak termuntah dek bau yang busuk tu. Eiii..mintak jauh.

Tapi mungkin niat saya salah kot, hehehe.. tapi saya ingin masuk kelab tu bukan sebab nak bergembira, cuma nak tengok apa yang ada dalam kelab then keluar lah, bukan nak lama pun. Haaa.. camtu boleh? hehe...

Dah2, apahal cerita fasal kelab malam ni, nasib baik kat Raub ni takde kelab malam, kalau ada, saya tak tau lah.. hahaha.. bandar kecil je.. takkan ada kelab malam and to be honest, the real reason why clubs diadakan adalah untuk the tourists tapi malangnya, ada je rakyat Malaysia yang berangan menjadi tourists di negara sendiri dan menggila dalam kelab. Banyak je sebenarnya laporan fasal salah laku dalam kelab ni. Kelab itu diserbu, kelab ini disita, tapi esok lusa, masih beroperasi. Iya lah, tak larat jugak penguatkuasa nak buat rush tiap2 malam kan, nak mampos? hahaha...

Pada saya sebenarnya. going to club ni menghabiskan masa juga, point dia sama dengan melepak, which saya tak pandai sangat nak buat. Camne lah nak melepak, tak pandai, kalau ke luar, ada kawan cakap "eh, jom lah lepak-lepak, jom lah", Nak jawab takpe kang, Kawan kan? ikut je lah.. tapi sebenarnya, saya tak pandai nak melepak tapi kalau menonton wayang or berbowling, itu adalah bukan melepak! Kalau berbowling, itu adalah bersukan, kalau menonton wayang, itu pula adalah release tension. Lain kan? Kalau melepak,cam duduk-duduk area Sogo, do nothing, tengok orang lalu lalang, then, pandang kiri, pandang kanan, tengok jam dah pukul 6 petang, then balik, takpun g pulak melepak kat taman KLCC. What the heck? banyak lagi kan benda yang boleh dibuat selain melepak.

Contoh, kemas rumah, alang-alang hari ni hari Sabtu, apa kata kemas rumah, kemas bilik, basuh kereta, cuci tingkap takpun, belajar memasak, ini tidak.. melepak. Bukan nak katakan melepak tu tak boleh, sebab apa, sesetengah orang menganggap bahawa melepak itu adalah satu aktiviti yang sihat lagi mendatangkan faedah. Well, obviously, not for me. Iya lah, nak buat macamane, itu hanyalah pendapat individu yang memang ada fikiran tersendiri, kan?

Apa-apa pun, kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi. Ciao!

Assalamualaikum WBT

p/s: Kawan-kawan GiatMara saya tau tak yang saya ada blog? huurrmmm....

No comments:

Post a Comment