Nuffnang Ads

Friday, January 18, 2013

Juara Maharaja Lawak Mega adalah....

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua pembaca blog saya yang setia dan followers sekian? mesti semua dalam keadaan sihat dan gembira kan? iya la. sebab hari ni dah hari Jumaat dan dah weekend!!! yeay,,, sabtu ahad dah cuti kan?

Bercakap fasal Jumaat, hari ini banyak perkara yang berlaku dan akan berlaku kan? Dan yang paling besar adalah Jumaat adalah hari kaum lelaki Muslim pergi sembahyang Jumaat. Tak kira la di masjid mana pun kan... hehehe... then, yang akan berlaku adalah, malam ini adalah malam Finale Maharaja Lawak Mega yang akan diadakan di Johor Bahru. Kenapa Johor Bahru? Sumpah, saya pun tak tahu, kena ask Astro tu kenapa kat Johor Bahru. 

Of couse, peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada Saywho, Jambu, Jozan, Boboi dan Shiro. Ini adalah 5 nama kumpulan yang akan bertanding dan merebut sejumlah hadiah yang amat lumayan. Semua mesti dah tau kan? so, tak nak la sebut.. hehehe... Dan sudah semestinya tumpuan akan diberikan kepada pasangan Zizan iaitu Johan yang sudah dua minggu tidak menyertai Zizan dalam persembahan di kedua-dua tempat, Terengganu dan Perak. Apakah benar Zizan hilang magisnya jikalau ketiadaan Johan? Saya tak pasti, cuma apa yang saya tahu, mereka berdua sebenarnya saling memerlukan. Jozan ibarat Kaki, memang ada dua kan, cuma kalau tadi salah satu kaki, masih boleh berjalan, cuma tidak stabil. Macamtulah lebih kurang. So, Johan ada masalah koyak ligamen kerana bermain futsal, hurrmmm.. kenapa lah main futsal waktu2 ni.. hahha.. jangan marah eh Johan.. 

Sebenarnya, memanglah peratusan undian amat membantu Jozan dalam mempertahankan no 1 sepanjang Maharaja Lawak Mega tetapi kena ingat, dengan persembahan konsisten dari Jambu, Shiro dan Saywho, tidak mustahil ketiga-tiga kumpulan ini mampu membuat kejutan.

Mungkin tidak menyengat untuk edisi kali ini, tetapi kumpulan Boboi juga mempunyai pengalaman yang lebih dan lebih mengetahui selok-belok pertandingan dan mungkin juga menggunakan Save the Best for the last, mungkin. Mereka juga akan melakukan kejutan dan tidak mustahil, tempat pertama yang terlepas pada edisi lalu, jatuh ke tangan Boboi. Itu semua mungkin.

Tapi apa-apa pun, jangan lupa malam ini Maharaja Lawak Mega musim Ke 2 akan menobatkan Maharaja Lawak yang baru, siapakah Maharaja Lawak itu? Adakah Saywho? Adakah Jozan? Adakah Boboi? Adakah Shiro? ataupun Adakah Jambu? sama-sama kita saksikan malam ini, Finale Maharaja Lawak MMeeeegggaaaaa!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: nak catch traffic ni.. hehehe...

No comments:

Post a Comment