Nuffnang Ads

Monday, January 21, 2013

Kawan-kawan di GiatMara Raub!

Assalamualaikum WBT,


Seperti biasa, tatkala tiada idea, saya jarang update, tapi bila ada idea mencurah-curah, kadang-kadang 2-3 entries dalam satu jam. Boleh? hahaha...

Okay, memandangkan saya selalu je cerita fasal GiatMara Raub dan Fashion and Dressmaking aka FND, so, saya nak gtau sorang demi sorang kawan saya. Boleh? 

Baik, saya akan bermula dengan kawan yang mempunyai meja yang dekat dengan saya. Okay, mereka adalah Yani, Fienna dan Mona, kiranya mereka bertiga kawan seumur dan mereka bertiga ni rapat gak lah dan yang paling seronoknya, dorang ni hoo-haa macam saya jugak. Contoh, macam tadi, kami ketawa dari awal kelas hingga akhir kelas, like, memang ketawa je. tapi! kerja jalan okay. hehe..

Baik,group sebelah pulak adalah group yang sedikit besar seramai 6 orang, mereka adalah, Shira, Jiha, Syahira, Eton, Zeera dan Ummi Sofina. Saya pulak selalu je bercakap dengan dorang, nak-nak Shira dengan Jiha, memang bercaaaakap je tak berhenti, dah lagi hebat! kerja kami siap okay! hahahah.. Eton? Selalu je usik dia, dia ni sebenarnya comel sangat, like suara dia macam comel sangat! kiut giler, kalah saya! okay fine! hahaha...

Then, group yang jauh dari saya adalah Ema,Ida, Ain (H) dan Ain (R). Individu yang paling menonjol dalam group ini adalah tidak lain tidak bukan, Ema!!!! Dia punyai badan yang kecil tapi suara!!! Ya Allah ya Tuhanku, gamat satu GiatMara tu, nyaring, Ya Tuhanku! Memang nyaring giler weh!! memang nyaring, senyaringnya! Pening tapi kalau takde dia, sunyi. baik ada daripada takde kan? :P Yang lain-lain tu, saya okay je. kadang-kadang lawak saya harsh tapi, hey, that men;s do, they joke harshly. Hehehe...

Then group depan saya, group ni kadang-kadang loud, kadang-kadang senyap sunyi sepi, mereka adalah Sheila *my primary school classmate, Zirah, Rosma dan Erna. Saya takde masalah langsung dengan dorang ni, dorang ni happy go lucky, kalau saya bercakap dalam kelas, dorang ketawa je. Itu je la kerja dorang.. hahahah... Peace yo..

Then, group last sekali, group yang dekat gak dengan group kami, sebenarnya, my ex machine ada kat situ Juki, mula-mula saya tak pandai guna dia, so tukar dengan Ekin, so sekarang saya guna Siruba, laju tapi best! hehehe.. okay, kawan-kawan yang berada dalam group ni adalah, Ekin, Aliff, Farid dan Nadia, *dua lagi lelaki yang ada dalam class ni, aritu takde tapi dah ada ni, best pulak, ada kawan. hahaha..

Last but not least, The Umi, kitaorang panggil dia Umi sebab dia suruh, kalau tak saya dah lama panggil kak niza..nama dia Norniza. tapi takpelah, dia suruh panggil Umi, so, saya dan kawan-kawan lain panggil Umi lah.. no problem. At All! hahahha.. *tangan ke dada, mata ke atas.

Untuk guru pulak, ada dua orang cikgu untuk course kami, dua orang guru yang memang berwibawa dan memang best! Cikgu Ina dan Cikgu Izam. Dua orang cikgu ni memang best! Kami semua suka. Love you both., :)


So, itu lah... ramai kan, masakan saya tak gembira pergi belajar, gembira sangat! saya suka!, One of the best moments in my entire life! Love you all, love you all. Thank you for being my friends. :)

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok wooo..

No comments:

Post a Comment