Nuffnang Ads

Saturday, January 5, 2013

Maharaja :Lawak Mega : R3 tersingkir!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Saya tadi tengok Maharaja Lawak Mega di Astro Mustika HD. Penyingkiran R2 memang mungkin dijangka. Banyak perkara memang boleh dikritik, tapi takpe lah, kita pergi satu demi satu.

Boboi : Saya sebenarnya rasa idea yang dibawakan oleh Boboi adalah baik dan untuk sketsa pertama saya paham. Dan kata-kata yang dingati dari Afdlin adalah, "Kalau kita nak buat baik, tak perlu dengar suara-suara lain", dan sketsa kedua mereka adalah lebh baik. Watak kedua orang tua itu adalah baik. Syabas!

Jambu : Okay, kedua-dua sketsa Jambu memang baik untuk minggu ini. Mereka memang cuba melakukan dengan baik. Level energy mereka adalah di tahap yang paling baik. Level energy mereka tidak langsung jatuh dan punch lines yang diberikan juga adalah baik dan difahami. Ini adalah lawak profesional. Syabas!

SayWho : Unutk Saywho, persembahan mereka untuk kali ini agak mendatar. Energy level mereka agak goyah. Kepincangan energy level teserlah di sketsa yang kedua apabila, mereka boleh dikatakan gagal dalam menyatakan punchlines yang banyak dan mungkin isinya adalah tetapi tidak kuat seperti minggu lepas. Tetapi, semoga mereka mampu memberikan saingan kepada pasukan lain kerana, sekarang mereka adalah yang terbaik. Good luck!

Shiro: Peningkatan Shiro adalah paling baik setakat ini. Mereka bergerak dari bawah dan maintain lawak-lawak mereka. Mereka selalunya mencuba untuk memberikan saingan kepada pasukan-pasukan senior yang lain dan mereka berjaya. Shiro mempunyai lawak yang agak santai dan mempunyai isi namun, kadang-kala, mereka tidak mempunyai punchlines yang kuat dan padat. Selalunya, punchlines kena kuat dan padat, ia tidak semestinya kuat, namun, ia kena kuat. Apa-apa pun, peningkatan pasukan Shiro telah nampak, jadi, selamat berjaya, usaha lebih, mampu jejak kaki ke final.

Jozan : Pasukan Jozan untuk minggu ini kurang seorang. Johan ditimpa kemalangan dan kakinya dibedah dan jelas sekali tidak mampu untuk memberikan persembahan dan Zizan terpaksa untuk memberikan persembahan secara solo. Persembahan pertama Zizan dalah the highlight of the night untuk kumpulan Jozan, cuma kalau ia dibuat untuk sketsa kedua, mungkin impaknya akan nampak lebih, mungkin. Tidak dapat dinafikan Zizan kelihatan sedikit gugup, mungkin kerana beliau mengadakan persembahan di tempat beliau sendiri dan berseorangan pula. Namun, itu semua mampu untuk memberikan mesej bahawa, Zizan mampu melakukannya tetapi, obviously, two is better than one. Saya doakan Johan cepat sembuh dan kalau ada idea untuk minggu depan, mungkin duduk diatas kerusi roda, apa salahnya, hahah, go JOzan! You can do it!

 R2 : R2 telah terkeluar dan mungkin fanbase mereka tidak ramai namun, jika dikomen dari segi persembahan, persembahan mereka tidak jauh bezanya dengan yang lain cuma, yang permasalahan yang paling ketara dengan R2 adalah, adik kepada Rahim itu sendiri. Masih terdapat rasa malu dalam dirinya, mungkin itu tidak dapat disingkirkan, iyalah, saya masih ingat masa mereka di Raja Lawak, benda ini telah ditegur berulang-ulang kali, namun, mungkin bukan rezeki mereka, Takpe, masih ada peluang untuk mereka di luar sana, InsyaAllah dan Good luck!

Itulah sahaja komen dari saya hehe.. selamat berjaya.

Negeri Terengganu memberikan warm welcome kepada peserta-peserta Maharaja Lawak Mega, dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Tahun Melawat Terengganu 2013. 

Assalamualaikum WBT

p/s: tak pernah buat perkara cmni, tetiba rasa nak buat malam ni. hahaha komen-ing.

No comments:

Post a Comment