Nuffnang Ads

Saturday, January 5, 2013

Panjatkanlah kesyukuran kepada Allah.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada Allah SWT kerana memberikan saya rezeki yang amat membantu ketika ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) kerana melalui e-Dermasiswa, ramai anak-anak Pahang dapat meringankan beban keluarga mereka. Bantuan kewangan yang diberikan oleh MUIP amat bermakna kepada anak-anak Pahang.

Saya juga ada membuat permohonan haritu dan alhamdulillah, permohonan saya diterima oleh MUIP dan memandangkan saya sekarang masih belajar, bantuan ini amat membantu. Terima kasih. Alhamdulillah. *rasa nak nangis je.

Baiklah, bercakap fasal syukur ni, ada perkara yang boleh dikaitkan dengan kesyukuran iaitu, tidak bersyukur. Tidak bersyukur banyak hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menyebut fasal benda ini, namun, siapalah saya untuk memetik ayat-ayat Al-Quran dan Hadith. Adalah baik jikalau saya hanya menyatakan dengan fikiran logik, ayat Al-Quran dan Hadith tidak boleh dibuat main. Itu adalah faith, pegangan teguh kita sebagai umat Islam kan? Ia bukan hanya kepercayaan, tetapi ia faith, pegangan kepercayaan yang kuat. 

Baik, tidak bersyukur terdapat dalam banyak perkara cuma saya nak cakap fasal 'kahwin'. Ada sebab Allah SWT tidak menggerakkan hati-hati kita untuk berkahwin sebab? Sebab mungkin banyak perkara yang buruk berlaku, mungkin juga perkahwinan itu ujian buat kita, mungkin. Maaf, saya tidak berkahwin lagi untuk bercakap fasal ini, tetapi melalui pembacaan dan sebagainya, mampu untuk saya buat ulasan ini. Jadi, jikalau tidak berkahwin, tidak salah untuk mencari tetapi janganlah sampai menggunakan jampi serapah, bomoh Siam, santau itu, santau ini. Itu bukan caranya.

Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita, InsyaAllah, semoga Allah SWT melindungi kita serta keluarga, tetapi, jikalau terdapat perkara ini, mungkin hanya syak, tidak salah untuk menanyakan akan perkara ini kepada ustaz ataupun pengamal ilmuan yang berasaskan Islam, berikhtiar, mungkin mereka boleh membantu. Kita berikhtiar dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT. Itu adalah jalan yang terbaik. 

Apa-apa pun, setiap daripada apa dalam dunia ini ada adalah untuk menguji kita, samaada individu ataupun institusi kekeluargaan. Itu semua ujian Allah SWT, Allah tidak akan menguji kita semua jikalau kita semua tidak kuat dengan ujian yang akan diberikan. Itu adalah yang benar, setiap ujian adalah bergantung kepada individu, jiakalu individu itu tidak kuat, maka, ujiannya adalah tidak kuat, begitu juga sebaliknya. Jadi, bersyukurlah dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan cubalah cari jalan untuk menyelesaikannya. Duduk, bincang, fikir dan ikhtiar.

Assalamualaikum WBT

p/s: Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment