Nuffnang Ads

Wednesday, January 2, 2013

Rebat Tunai RM200. Adakah anda sudah berdaftar?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? mungkin semua sudah tahu kan? namun, takpe, saya tetap akan tulis dan postkan ia.

Semua mesti sudah maklum dengan Rebat Tunai untuk membeli telefon pintar sebanyak RM200 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada September lalu bukan? Okay baik, ada juga gambar di Facebook yang mengatakan bahawa hanya telefon tertentu sahaja yang boleh dibeli namun, selepas kabinet Menteri bersetuju untuk membenarkan Belia berumur 21 tahun hingga 30 tahun apa jua telefon pintar yang ada di pasaran.

Jadi, marilah kita sama-sama berdaftar di komunikasibelia.skmm.gov.my  untuk merebut rebat tunai tersebut. Rebutlah apa yang ditawarkan oleh Kerajaan, mereka ingin membantu kita. hehe...

So, apa lagi? Klik sahaja di link yang telah saya berikan dan sama-sama kita berdaftar untuk mendapatkan rebat tersebut. Jom sama-sama guna Samsung Note!!! JOM!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya nak beli Samsung lah kot.. anda?
p/s: masa saya tulis entry ni, berita ni baru je keluar kat TV 3 tapi saya amik dari Bernama.

No comments:

Post a Comment