Nuffnang Ads

Tuesday, January 22, 2013

Selamat Hari Lahir Emak!!

Assalamualaikum WBT,

hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran ibu saya, Aminah binti Ishak yang ke 58. Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memberikan ibu saya nyawa dan saya masih dapat bermanja dengan ibu saya. Amin.

Baik, untuk entry kali ini adalah berkisar tentang jasa ibu. Untuk ibu-ibu seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Kalau nak dikirakan jasa ibu ni memang banyak dan tak terhingga, ada ibu yang baik, ada ibu yang tak berapa baik, ada ibu yang tidak menyokong anak-anaknya dan ada mungkin ibu-ibu yang terlampau sayangkan anak-anaknya sehinggakan sayang untuk meninggalkan anak-anaknya. Itu semua ada.

Saya pun mungkin pernah tersasar perkataan, terkasar bahasa, saya akui, dan saya minta maaf dalam cara saya tersendiri, tetapi yang paling penting, kita bertegur dengan ibu sendiri. Contohlah eh, kalau kita baik dengan ibu mertua, tapi kita tak berapa baik dengan ibu sendiri, boleh ke macamtu? Saya tak tau, mungkin sesetengah orang fikir benda tu baik dan mungkin benda itu adalah benda yang paling baik pernah dilakukan oleh anak menantu, berbaik dengan mertua sendiri, tetapi pernah terfikir akan perasaan IBU SENDIRI yang melahirkan dan membesarkan kita? Yang memberi makan, minum, sekolah, sampai ke peringkat tertinggi? Mungkin? Adakah ibu mertua itu memberikan anda makan sehingga anda besar? Adakah ibu mertua anda membujuk anda ketika anda merajuk? Adakah ibu mertua anda memberikan anda gula-gula? ada?  Kalau tak pernah, sayang! Allah berikan anda pemikiran untuk berfikir, bukan digunakan untuk berfikir benda yang negatif. Kesian, dan sayang. 

Biarpun, perkataan seseorang ibu itu menyakitkan hati, tidak ada jalan untuk kita membenci ibu sendiri, ingat! Doa ibu adalah mustajab, jikalau ibu sakit hati dengan anda, sekali anda lukakan hati ibu, jikalau hati ibu itu berpaling dari apa yang selalu didoanya, berhenti sahaja ibu berdoa untuk kebaikan anda, sampai bila-bila lah hidup kita tidak akan tenang. 

Alhamdulillah, saya masih ada ibu, dan saya sayang ibu saya dengan cara saya yang tersendiri. Pesanan, jikalau ada kata bahasa anda yang boleh dikatakan kurang hajar, minta maaflah awal-awal.

Jadi, apa-apa pun, sayangilah ibu anda sementara masih ada.

Assalamualaikum WBT

p/s: Hidup ini ibarat roda, sumpah!

No comments:

Post a Comment