Nuffnang Ads

Sunday, January 20, 2013

Sunny Sunday!!!

Assalamualaikum WBT,

Seperti biasa, hajat tak kesampaian nak post nyanyian sendiri, takpe, nanti2 saya post.. ehehhe..kat Youtube eyh.. *berangan dah nak jadi manusia famous.. *famouslah sangat.. tangan ke dada, mata ke atas..

Okay baik, tadi saya beli surat khabar, both Berita Harian Edisi Ahad dan Utusan Mingguan *saya tak tau yang tu, lama tak beli... okay, takpe, so, buka lah surat khabar, kononnya nak skimming kan, alar, skimming and scanning, ingat tak? Scan punya scan, ada lah beberapa perkara yang saya ingat, antaranya, Tun Mahathir cakap, jangan terlampau taksub,kalau taksub, nanti hancur bangsa sendiri lebih kurang camtu lah... lepas tu masuk lak bab hiburan, yang paling ingat adalah Mimi One Nation Emcees, katanya, dia 'huru-hara' dan dalam keadaan 'tin-tong' di satu majlis. Syed kata lah.. saya tak tau, saya baca je.. hehehe...

Then, ada satu sisipan dalam surat khabar Utusan rasanya, dengan tajuk "Pupuskah surat khabar?", lebih kuranglah rasanya, pada pendapat saya, tidak! ia tidak akan pupus sebab apa? sebab saya masih memerlukan surat khabar, biarpun ia mempunyai sedikit ketidakadilan dalam menyampaikan maklumat tetapi saya lebih memberikan tumpuan kepada artikel-artikel yang lebih memberikan manfaat seperti tulisan mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang-bidang tertentu dan semestinya ia menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk menulis blog dengan lebih giat lagi. Kan?

Jadinya, mungkin kepada mereka yang gemar membaca electronik newspapers, surat khabar yang realiti tidak lagi menjadi keutamaan mereka, tetapi bagi saya yang masih mengharapkan surat khabar yang dalam bentuk objek, kepupusan surat khabar tidak sepatutnya menjadi satu isu. Surat khabar telah menjadi bahan rujukan ramai orang dalam mendapatkan berita terkini, sebab tak semua ada kemudahan internet untuk memuat turun e-newspapers kan? 

Jadinya, macamtulah, sedikit sebanyak news yang saya baca, so, sekarang saya nak baca thoroughly surat khabar yang dibeli tadi. 

Assalamualaikum WBT

p/s: panas hari ni, tapi rasanya petang nanti ujan.

2 comments:

  1. elektronik newpaper tu tak best...sakit mata membaca. rasa mcm tak baca suratkhabar je pun

    ReplyDelete
  2. Cik Kamoo : betul tu, saya aritu pernah jugak baca online, memang pening, nak click lagi, nak apa lagi..susah benar, hahaha thanks for commenting on my blog cik kamoo.

    ReplyDelete