Nuffnang Ads

Saturday, January 19, 2013

Tahniah Jozan!!! Juara Maharaja Lawak Mega 2012!

Assalamualaikum WBT,

As promised, saya kan nak letak satu lagi entry kan sebelum tidur.

Banyak perkara yang berlaku dalam Maharaja Lawak Mega 2012 tadi, dengan bersaksikan puluhan ribu rakyat Malaysia, kehebatan Jozan diakui dengan dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2012 dan tempat kedua jatuh kepada Jambu, ketiga Shiro, keempat Boboi dan kelima Saywho.

Sememangnya tempat-tempat ini telah boleh diagak oleh para peminat MLM 2012 kerana sejak dari mula, Jozan memang tidak dapat disangkal memang boleh menjuarai MLM 2012 dengan mudah, namun, itu tidak menjanjikan apa-apa kerana Jozan yang terdiri daripada dua anak muda yang mempunyai bakat yang besar, Johan dan Zizan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan persembahan. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan, kepercayaan penuh peminat mereka kukuhkan dengan memberikan persembahan yang kreatif saban minggu. 

Di tempat kedua, Jambu yang juga pesaing hebat bagi semua kumpulan mengesahkan mereka juga diterima oleh rakyat Malaysia dengan lawak-lawak yang mudah dan simple namun masih memberikan kesan yang mendalam. Masihkah anda ingat insiden nasi tersembur oleh Yus? itu adalah kekuatan mereka, mereka mempersembahkan lawak dengan kadar yang minima namun dengan kesan yang maksima. Kehebatan mereka memang terbaik. Jambu yang terdiri daripada Yus dan Tauke kedua-duanya adalah dari program Raja Lawak Musim Pertama, dan untuk pengetahuan semua, begitu juga dengan Zizan dan Johan, keempat-empat mereka adalah peserta dari Raja Lawak Musim Pertama, hebat bukan? Mereka adalah peserta asli Raja Lawak. Syabas!

Ditempat ke tiga adalah Shiro. Nama masih baru, pengalaman masih cetek namun, mereka berjaya meraih tempat ke tiga dan saingan yang diberikan juga amat hebat. Betul kata Wulan, jikalau dibuatkan graf, dari minggu pertama hingga minggu final, graf mereka adalah menaik dan perkembangan dan improvements yang diberikan adalah yang paling hebat sekali. Tidak dapat dinafikan, Shiro yang berasal dari Johor amat berpuas hati kerana dapat menghiburkan orang kampung mereka sendiri dan tahniah Shiro! Keep up the good work!

Ditempat keempat adalah Boboi, permulaan yang agak rough di awal edisi MLM 2012, namun, pada malam ini, malam penentuan, Boboi, pada saya, telah melakukan lawak yang sememangnya nilai asli yang terdapat dalam diri setiap ahli Boboi. Mereka melakukan perkara yang amat bertepatan dengan nilai Boboi sendiri. Kedua-dua lawak pada malam ini adalah lawak yang terbaik sepanjang musim ini. Lawak Hang Li Po dan Lawak Ujibakat Yuna Mencari Penyanyi adalah dua lawak yang memang bagus dan saya sejujurnya suka dengan lawak sebegini. Tahniah Boboi, anda masih mempunyai nilai kreatif yang tinggi. Boboi terdiri daripada Afdlin, Harun dan Nabil memberikan saingan yang sengit pada musim ini. Kelainan memang selalunya sukar ditelan, namun, itulah cabaran.

Ditempat kelima adalah Saywho. Saywho yang berasal dari Indonesia dan merupakan satu-satunya kumpulan yang berasal dari luar Malaysia telah memberikan saingan yang sengit dan telah berjaya menambat hati peminat-peminat lawak di Malaysia. Nama Saywho sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Tahniah Saywho, anda sebenarnya sudah berjaya dalam industri di Malaysia ini. Tahniah.

Dihoskan oleh Dato' AC Mizal dan dengan barisan juri yang hebat-hebat belaka yang terdiri daripada Awie (Lagenda Rock Malaysia), Wulan Guritno (Selebriti Indonesia), Najip Ali (Pengacara hebat Singapura) dan Lisa Surihani (Pelakon Wanita hebat Malaysia). Jelas, para juri juga terhibur dengan persembahan hebat dari peserta-peserta MLM 2012.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Astro dan Astro Mustika HD kerana membawakan program MLM 2012 dengan baik sekali. Tahniah.

Saya juga gembira dengan kemenangan Jozan di MLM 2012. Tahniah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nilai hadiah keseluruhan adalah RM 965 000.00 Banyak tu!!

No comments:

Post a Comment