Nuffnang Ads

Sunday, January 13, 2013

Uji Rashid dicaras penerbit?

Assalamualaikum WBT,

Baby AA (Azwan Ali di Propaganza)
Tadi sempat tengok Propaganza di Astro Ria, kebetulan tengah tengok tu, terkeluar lah cerita fasal penyanyi malar segar Uji Rashid dan beliau memberikan komen serta jawapan kepada penonton fasal isu beliau di'keluar'kan oleh penerbit AJL 27. Kesian juga dia, diperlakukan sedemikian rupa, ibarat dicaras oleh penerbit tapi takpe, insyaAllah, kalau ada rezeki tak kemana kak Uji. Takpe, mungkin lepas ni Yuna buat rakamana baru dengan kak Uji, kan? Buat music video bagai, rezeki tuh.

Okay, banyak juga benda yang diperkatakan oleh kak Uji dalam temubual yang diadakan itu, tapi tengoklah nanti, mungkin ada tindakan ke dari mana-mana pihak akan isu ini. Kita sama-sama tunggu dan lihat. jeng! jeng! jeng! Tapi cuba bayangkan Uji Rashid nyanyi lagu Terukir Di Bintang tu kan? Mesti vibe dia lain, diakan penyanyi lama.. mesti vibe dia lain lah... lagu tu pun macam ala-ala classic kan.. mesti best kan?

Baiklah, saya na balik da ke kampung, saya dari Bentong, so naik bus je... bukan payah pon. hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: lama tak naik bus, mungkin pening sikit nanti. sabar je lah...hahahah

2 comments:

  1. betul, rezeki ada kat mana2....

    ReplyDelete
  2. Ayuni : Iya.. memang. rezeki kat mana2 je.. thanks kak yuni sebab komen kat blog saya..heheh

    ReplyDelete