Nuffnang Ads

Friday, February 8, 2013

Bakat Usahawan MARA "Festival Anjung Pengantin".

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya baca Berita Harian, *yup, memang saya lambat sikit baca surat khabar ni, lagi lama lagi bagus, biar digest kaw-kaw punya informasi yang saya dapat tu.

Okay, tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar ( fatin@bharian.com.my ) dia menulis fasal MARA, tajuk artikel beliau adalah Bakat Usahawan MARA "Festival Anjung Pengantin promosi idea kreatif". Antara isi-isi yang boleh saya keluarkan adalah:

- buat julung kalinya pementasan fashion busana dipersembahkan tahun ini (2013).
- Mempromosikan Bangunan Medan MARA dan peniaga  bersatu di bawah satu bumbung.
- Memperlengkapkan usahawan dengan ilmu dan selok belok perniagaan .
- Mengetengahkan bakat para Usahawan MARA.
- Mendedahkan kelebihan sentuhan para pereka  dalam industri fashion tempatan

Jadinya, saya amat berbangga dengan artikel ini, lagipun, iya lah, pada zaman sekarang, dimana segalanya serba serbi hebat, canggih dan mungkin agak susah dalam mencari pekerjaan, peluang seperti ini amatlah dinanti-nantikan oleh ramai orang kerana ia memang boleh membantu bangsa Melayu dalam memajukan diri sendiri dan keluarga. 

Tetapi, ini semua sebenarnya bergantung kepada minat sendiri, jikalau pergi belajar, tanpa minat, nescaya apa yang dibuat akan menemui jalan buntu sebab, minat takde. Itu sahaja. Macam saya lah, hehehe.. walaupun dah ada kelulusan, tapi tetap nak amik gak kursus kat Giat Mara Raub, kerana apa yang saya buat itu berdasarkan minat, Hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: kerana minat, kita boleh jadi macam-macam dan insyaAllah, kita akan enjoy dengan apa yang kita buat. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment