Nuffnang Ads

Monday, February 11, 2013

Bebelan di Hari Cuti!!!

Assalamualaikum WBT,

Ini lah saya, kalau makan pulut untuk sarapan pagi, maknanya, sampai ke petang lah saya mengantuk. Tau dah akibatnya tu, tapi as usual, nafsu makan mesti nak, nak makan jugak walaupun kan. Memang macamtu kan? Benda yang memberikan kita akibat buruk itu lah selalunya yang kita ambil.

Tapi dalam kes saya ni, takde lah sampai memudaratkan diri sangat, cuma mengantuk sahaja, kalau benda lain, macam, rokok, dadah, heroin, ganja dan sebagainya, kita tau dah bahawa perkara tersebut berbahaya kepada diri kita, tapi MASIH ada yang mengambilnya. Kalau bercakap pung pang pung pang tentang bahayanya benda tersebut, tapi ambil jugak. Contoh lain seperti arak. Dah terang-terang dalam Al-Quran kata arak itu benda yang haram diambil oleh orang Muslim, tapi tetap minum. Macamne tu? Saya nak cakap lebih pun, saya pun tak berapa pandai dalam bab-bab ni, jadinya, adalah baik jikalau bagi mereka yang terlibat rujuk kepada mereka yang lebih mengetahui, seperti Ustaz, Doktor dan Pakar-pakar dalam bidang mereka masing.

Semalam, saya cakap kat mak saya, "Orang Yahudi tak minum air bikarbonat ni, sebab air bikarbonat menyebabkan otak lagi lemah sama juga dengan junk foods ni". Saya cuma bagi tahu sahaja, sebenarnya, saya pun dah lama tak minum air bikarbonat ni dalam kuantiti yang banyak. Entah, kadang-kadang kalau saya minumkan, ia membuatkan saya jadi pening dan saya akan sendawa kerap, mungkin disebabkan oleh gas yang ada dalam air tu kot, well, itu saya tak pasti lah, tapi yang pasti saya akan cuba elakkan meminum air bergas ni, lebih baik minum air mineral ataupun air masak. :)

Well, seperti kita semua sedia maklum, hari ni adalah hari cuti dan esok juga cuti!! Isnin dan Selasa tapi saya, hari Rabu dan sekolah dah. *suka je guna term sekolah sebab memang sekolah pun. So, untuk memaksimumkan cuti yang ada, saya mungkin akan berehat sahaja dirumah dan do nothing. hehehe.. as always, tapi saya nak menjahit baju melayu saya yang lama dah terbengkalai tu, hehe.. okay...

Assalamualaikum WBT

p/s: baru siap kemas bilik.

No comments:

Post a Comment