Nuffnang Ads

Monday, February 18, 2013

Blog tak Relevan? Salah tu.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Sekarang jam menunjukkan pukul 10.05 malam, takde apa yang aku nak buat sebenarnya, tapi! eh! esok ada test, tak baca lagi ni, takpe, jap lagi saya baca lah, tapi sebelum tu, saya kena rehatkan mata, minda serta menulis sesuatu di blog yang amat saya sayangi ini.

Aritu saya ada baca dari blog Encik Ben yang mengajukan soalan "Blog tak relevan?", tapi bukan dia yang tanya, ada orang tanya dia, so dia buat entry fasal ni dalam blog. Untuk pandangan saya lebih lanjut, ini dia.

Pada saya lah, blog sebenarnya memang relevan, tapi bagi mereka yang tidak mendapat capaian internet, memanglah, tetapi kepada mereka yang ada capaian internet, ia suatu sumber maklumat yang tidak boleh dipandang rendah. Blogspot, blog.com, tumblr, wordpress, .com, .net dan pelbagai lagi platform yang boleh digunakan dalam menulis coretan masing-masing, pada saya, ia juga salah satu daripada media alternatif yang ada di Malaysia, khususnya. 

Ramai orang muda memilih untuk membaca maklumat daripada blog, laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan banyak lagi laman sosial yang boleh menyebarluaskan pelbagai jenis maklumat. Baik dari sebaik-baik maklumat sehinggalah ke rahsia negara. Penting bagi individu dalam menilai apa yang ingin mereka baca, ini kerana, kadang-kala terdapat unsur berat sebelah ataupun bias dalam kalangan penulis, wartawan yang ada blog dan bloggers yang berpengaruh. Tulisan mereka dibaca dan dipercayai. Mungkin kadang-kadang penulis tidak berniat untuk membuat sebarang provokasi, namun, jika itu yang difahami oleh pembaca, tidak mustahil provokasi boleh tercetus. 

Sebagai contoh, blog saya, saya menulis apa yang saya rasa betul bagi saya, tidak terlintas dalam kepala untuk menulis bagi mencetuskan sebarang provokasi. Itu sebenarnya berbalik kepada pemikiran pembaca. Kami blogger menulis apa yang kami rasakan betul, namun, itu tidak menghalang kami daripada menulis. Ada dalam kalangan blogger, terang-terangan mengutuk perjuangan sesebuah parti yang ada di Malaysia, tapi mungkin kita tidak mengalami apa yang dia alami, itu salah satu daripada perkara yang perlu kita fikirkan sebelum mengatakan sesuatu. Tapi mungkin kadang-kala, rasa marah lebih menguasai diri sehingga ada yang menulis sesuatu yang luar jangka. Ini semua terjadi.

Sebenarnya, kehadiran blogger di Malaysia ini, telah mengubah pandangan rakyat serta pucuk pimpinan *mereka juga rakyat sebenarnya! akan betapa pentingnya blog dan tulisan rakyat mereka. Memang payah untuk mereka membaca satu persatu tulisan rakyatnya rata-rata mempunyai rasa tidak puashati, mungkin ideology berbeza, namun masih ada yang berjuang dengan pucuk pimpinan masing-masing. Masih, ideology mereka berbeza tetapi hanya satu mereka perjuangkan, hak mereka sebagai seorang rakyat Malaysia. Apa hak mereka? Itu ada sangat subjektif. Itu pandangan mereka.

Begitu juga dengan blog, tulisan juga boleh menjadi SANGAT subjektif dimana, setiap daripada penulis blog mempunyai idea yang berbeza. Kadang-kala ia boleh menjadi pro kerajaan, pro pembangkang, dan sebagainya, namun, itu tidak menghalang untuk blogger terus menulis. Saya percaya, ramai yang akan menulis sehingga mereka tua. Lebih tua, lebih banyak pengalaman? Mungkin ya, mungkin juga tidak.

Tapi apa-apa pun, stick to your values, stick to your values and stick to your values. Nilai yang kita ada dalam diri kita adalah amat penting sekali. Jangan sesekali lupa akan itu.

Assalamualaikum WBT

p/s: penulisan yang panjang.

No comments:

Post a Comment