Nuffnang Ads

Wednesday, February 20, 2013

BR1M, Blouse and Effort!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua pembaca sihat kan? Alhamdulillah, apa-apa pun, hari ni memang panas kan? saya pun terasa kepanasannya, hihu..

Okay, lesson untuk hari ini adalah pertahankan hak anda. Well, I am not gonna tell you what I have had this evening, let that be my secret. hahaha. :p, apa-apa pun, tadi kami belajar buat blouse. Saya guna ukuran badan saya nak buat blouse tu nanti, cikgu suruh. Cikgu cakap, buat je ukuran sendiri, at least ada produk awak sendiri. Saya sangat setuju dengan pernyataan cikgu itu!! Saya  setuju! Hidup cikgu!! EH! Tetibe lak kan.. hahaha.. ala-ala politik gitu. ahhaha..

Tadi, saya pergi amik BR1M, terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang memberikan bantuan ini, dan ini fact yang saya suka sangat nak perkatakan, sekuat mana seseorang itu menolak kerajaan BN, apabila ada duit yang diberikan, ada je muka-muka yang saya nampak yang memang menolak BN YANG DATANG AMIK BR1M, penuh kepura-puraan. Alasan? "Laaaa, orang nak bagi, kita amik je lah" Hahahha.. alasan itu memang munasabah, sangat munasabah, saya setuju sungguh. hebat kamu!

Saya? tidak menentang namun tidak juga bersetuju dengan kesemua apa yang dibuat dan saya juga bukan bakal pengundi atas pagar. Saya tidak! Jadi, anda tahu saya mengundi mana kan? Biar pun ramai yang mengatakan 'Undi adalah rahsia", zaman sekarang memang susah, amik duit bantuan, tapi mengundi? hahahha.. malas nak cakap, bukan rakyat Malaysia tu, rakyat negara lain agaknya. 

eh! terpesong lak dari tajuk utama, tajuk utamanya adalah BLOUSE. Alhamdulillah, pola saya dah lukis cuma nak suruh cikgu check je lagi, then baru boleh buat cutting both pola dan fabric. Saya dan aliff dapat fabric cantik!!! hahahah, baik punya fabric. Memang cantik lah, nanti kalau dah siap, saya tunjuk kepada semua ye? InsyaAllah, menjahit blouse ni mudah je, cuma tadi lah, nak buat ukuran tu letih sikit, bukan apa, ramai yang bertanya, hahaha. Saya sebenarnya memang tak kisah kalau orang nak bertanya, tapi saya paling pantang, kalau bertanya tanpa baca nota, tanpa rujuk nota, dan terus tanya macamtu, apa dia ingat saya ni berpengalaman sangat ke? Saya juga belajar, dan saya juga baru belajar mengukur dan baru sahaja belajar mengenai ukuran blouse. Saya juga pelajar. Apa yang membezakan kita adalah, cara masing-masing, iaitu, USAHA. Berusahalah untuk kesenangan anda sendiri. Okay? Study dulu sebelum bertanya, bertanya ini untuk ada masalah dengan kefahaman, bukan baca tidak tapi nak bertanya, itu memang membuatkan saya marah sungguh. 

Apa-apa pun, nantikan blouse yang bakal saya buat untuk diri saya sendiri, insyaAllah, semuanya akan menjadi! InsyaAllah. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: letih tap seronok!!

No comments:

Post a Comment