Nuffnang Ads

Tuesday, February 12, 2013

Chili Crabs and Fried Long Beans!!! Sedap!!

Assalamualaikum WBT,

seperti yang dijanjikan, saya telah memasak dua jenis lauk yang amat istimewa, apakah ia? Mari, saya tunjukkan gambarnya dahulu...hehehe..

Ketam bercili

Goreng Kacang Panjang

Iya!!! Ketam Bercili (Chili Crabs) dan Goreng Kacang Panjang (Fried Long Beans). Okay, resepi ketam bercili tu saya dapat dari Chef Wan, semalam dia ada masak kat dalam TV, Asian Food Channel (AFC) dan saya ingat-ingat macamtu je lah sebab resepi dia senang nak ingat so, hari saya masakkan. Alhamdulillah, sedap! my family semua makan, hehehe.. Nak resepi? Mari, saya tulis..

Resepi pertama 

Ketam Bercili (Chili Crabs)

Bahan-bahan :
1 kg Ketam (saiz besar) lebih kurang dalam 4 ekor.

Bahan kisar:
Cili besar (10 biji)
Bawang besar ( 2 biji)
Bawang putih (1 labu)
Halia ( 5 cm)
Bawang besar kuning (separuh)
Cili kisar (1 senduk sederhana)

Garam
Gula
Cuka
Sos cili
Sos tomato
5 biji telur
Tepung menggoreng
Air

Cara-cara :

1. Basuh ketam. Cabutkan kulit atasnya dan potongkan kepada dua bahagian setiap seekor. Masukkan ketam yang telah dipotong kedalam mangkuk besar dan pecahkan 3 biji telur dan taburkan sedikit tepung menggoreng.Gaulkan ketam, telur dan tepung sehingga sebati. Panaskan kuali dan letakkan minyak masak secukupnya. Setelah minyak panas, masukkan batch pertama ketam. Gorengkan ketam sehingga masak.

2. Untuk membuat sosnya pula, kisarkan cili besar, bawang besar, bawang putih, halia, bawang besar kuning serta cili kisar. Kisarkan sehingga hancur. Panaskan kuali lain, amik minyak daripada kuali menggoreng ketam dan tunggu sebentar supaya minyak panas. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Tunggu dalam 4 minit, masukkan 3 sudu makan sos tomato dan 5 sudu makan sos cili. Masak lagi sehingga agak kering. Masukkan sedikit air, jikalau ia terlalu kering dan tunggu sebentar. Masukkan garam, gula, cuka secukup rasa.

3. Apabila semua ketam sudah dimasak dengan sempurna, masukkan ketam kedalam kuali tumisan dan kacau sehingga sebati. Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil dan pukul telur tersebut. Kemudian, masukkan telur ke dalam kuali dan matikan api. Kacau sehingga sebati. Elakkan daripada telur menjadi berketul-ketul. Teruskan mengacau.

4. Masak, dan boleh dihidangkan.


Resepi kedua.

Goreng Kacang Panjang (Fried Long Beans)

Bahan-bahan :

Kacang Panjang (dipotong sepanjang 1 - 1.5 inci)
Bawang putih (3 ulas)
Bawang merah (separuh)
Halia (2 cm)
Garam
Minyak

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya.

2. Masukkan bawang putih, halia dan tumiskan sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah kedalam kuali dan tumiskan lagi.

3. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong dan kacau sehingga masak. Masukkan garam untuk rasa.

4. Biarkan seketika dengan api sederhana.

5. Masak dan boleh dihidangkan.


Haaaa, hari ni cutikan so, saya masaklah, kalau tak selalunya saya takde masa nak masak sebab kat Giat kan, belajar. Selamat mencuba!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Sedap!!

No comments:

Post a Comment