Nuffnang Ads

Sunday, February 24, 2013

Handle lah stress dengan baik.

Assalamualaikum WBT,

Stress, stress atau tekanan adalah sebenarnya salah satu daripada cabaran yang ada dalam hidup kita. Kenapa? Tanpa tekanan, masakan kita dapat hidup dalam dunia ni. Se-free mana pun kita, tetap ada stress, apatah lagi yang tak free kan? Contoh, belajar. Dalam belajar lagilah banyak stress, dateline submit assignments, stress sebab meeting dan banyak lagi.

Tetapi, jikalau kita buat sesuatu kerja yang kita memang suka, makanya, laluan untuk stress itu masuk sudah dikecilkan. Kenapa? Sebab walaupun sesusah mana sesuatu kerja itu, dek kerana kita memang suka akannya, automatically, kita akan cuba sedaya upaya untuk menyudahkan sesuatu kerja itu. Selalunya, kita akan mencari jalan supaya kerja itu siap dalam masa yang singkat dan insyaAllah, kualiti kerja yang ditahap maksimum. Moga2.

Jadinya, saya memang minat dengan apa yang saya lakukan sekarang, namun, terdengar dalam kelas FND saya yang ada diantara mereka ingin berhenti belajar menjahit kerana tidak sanggup berhadapan dengan stress. Saya tidak terkejut, memang lah setiap perkara ada tekanan, kalau dalam menjahit, tekanannya mungkin lebih sedikit, mungkin. Kalau salah menjahit, kena buka jahitan, kalau salah potong kain, kena ganti kain lain dan berbagai lagi masalahnya. Namun, pada saya, itu semua mengajar kita menjadi lebih baik. Kalau salah, buka lah jahitan itu dan jahit semula. Kalau kehidupan kita ni boleh direwind, nescaya ramai yang akan tidak salah dalam membuat keputusan dan nescaya, dunia ini akan menjadi lebih baik. InsyaAllah.

Cara saya handle stress? Selalunya, saya akan berdiam diri dan cuba muhasabah diri. Kalau saya banyak diam, maksudnya saya tidak selesa dengan sesuatu dan dalam masa yang sama, saya akan mencari jalan untuk membuatkan diri menjadi lebih baik dan muhasabah diri. Saya juga akan selalu berfikir, "orang lain pun stress jugak, mereka juga ambil perkara yang sama (Fashion and Dressmaking) tapi kenapa mereka kurang stressnya berbanding saya? Di mana perlu saya baiki tentang diri saya?". Itu yang selalu saya fikirkan, jikalau mereka boleh mengatasi tekanan, mengapa tidak saya? Apa kurangnya diri saya? Banyakkan berdoa dan bertanya pada diri sendiri. Jangan bertanya pada orang lain bagaimana untuk handle stress sebab kemampuan setiap orang adalah berbeza-beza dalam menghandle stress. Jadi, adalah lebih baik kita muhasabah diri sendiri.

Tapi apa-apa pun, setiap pelajar yang belajar menjahit itu mempunyai keputusan masing-masing, jikalau belajar menjahit tidak dalam menghandle stress, bayangkan apa yang menanti diluar sana? Fikirkan jikalau kamu ingin belajar nanti, Matrikulasi, Diploma dan sebagainya, itu pun ada tekanan, percayalah, bertanyalah kepada yang telah melaluinya. Belajarlah untuk meng-handle stress. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Hari mendung pulak.

No comments:

Post a Comment