Nuffnang Ads

Monday, February 18, 2013

Hebatnya Datuk Siti Nurhaliza dan Tan Sri Rafidah Aziz!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Semua sihat? Masih lagi bernafas selepas Black Monday, sebenarnyakan, baru saya tau kenapa orang putih panggil Black Monday!! Sebab, hari Isnin adalah hari permulaan week, so, memang mengantuk lah, so tadi saya memang mengantuk, memang gelap je nampak! hahahaha... seyes!!!

Tertarik saya akan Datuk Siti Nurhaliza punya kata-kata dalam blog ini CLICK HERE. MEmang, memang terkena kepada mereka yang aktif dalam politik, dan mungkin menyalahgunakan pakaian mereka untuk berpolitik. Tudung labuh, berjubah, berkopiah, songkok, iya, memang ada diantara mereka menggunakan pakaian tersebut dengan baik, namun, ada juga yang salah menggunakannya. Okay? Camtu lah... hehehe.. Cayalah Datuk Siti! Saya suka Datuk Siti!!

Selepas tu, malam semalam saya berkesempatan menonton satu coretan dari RTM, Bicara Negara bersama Tan Sri Rafidah Aziz, beliau memang seorang yang hebat, tetapi memang lah setiap kehebatan seseorang ada cacat celanya, kita manusia, tetapi, memang tidak dapat dinafikan apa yang beliau katakan semalam mempunyai isi-isi yang menarik. Beliau berkata, setiap pekerjaan perlulah ada kerjasama dari pucuk pimpinan. Beliau menjelaskan, tanpa sokongan padu di pihak pucuk pimpinan, sesebuah parti politik itu akan TUMBANG! Tanpa kerjasama, tanpa sokongan yang padu dari kedua-dua belah pihak, akar umbi dan pucuk pimpinan,  memang sesebuah parti politik itu tidak akan lama bertahannya. 

Beliau berkata lagi, ekonomi memang adalah elemen yang paling tinggi dalam memastikan percambahan kuasa ekonomi dan juga kemajuan sesebuah negara. Kata beliau lagi, Malaysia sekarang berada di tahap ketiga, iaitu tahap terakhir peralihan dari negara membangun ke negara maju. Industri ekonomi, pelaburan, adalah industri yang memang menjana ekonomi negara Malaysia, beliau berkata juga, industri pelancongan telah meningkat naik dan memberikan sumbangan ekonomi yang baik. Namun, beliau menegaskan, "Semestinya kita tidak hanya mahu bergantung kepada pelancong-pelancong yang datang ke negara dan berbelanja, itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat, apa yang kita mahukan adalah, besarkan skop perlancongan tersebut, kita mahukan pelancong yang tidak hanya datang melancong, bahkan, kita mahukan mereka datang melabur serta melihat potensi-potensi yang ada di Malaysia ini".

Beliau berkata lagi, untuk menjadi sebuah negara maju, aspek inovasi perlu dimartabatkan serta diperkasakan. Dalam Malaysia ini, kita mempunyai ramai yang berbakat dalam mencetuskan idea inovasi yang hebat cuma, mereka perlukan ruang, peluang serta dana untuk merealisasikan idea tersebut. "Inovasi bukan hanya mencipta benda baru, itu 'creating' namanya, inovasi adalah idea untuk penambahbaikan yang perlu dalam sesetiap satu alatan, sebagai contoh, sekarang ini, mungkin jikalau ada inovasi, kita tidak perlu ada orang (cameraman) untuk merakam ini". Ini adalah betul.

Apa-apa pun, Tan Sri Rafidah Aziz adalah seorang ikon politik yang hebat, nama beliau memang dikenali ramai, walaupun masih terpalit kontroversi AP (Approval Permit) yang menjengah beliau tidak lama dahulu, namun, kredibiliti beliau memang tidak dapat disangkal lagi. Seusia 22 tahun, beliau sudah menjadi ahli UMNO, pelbagai perit getir beliau lalui, mungkin sudah berbalas, mungkin. Beliau juga adalah ahli London Speaker yang masih aktif. Namun, apabila sampai sahaja di rumah, dia adalah mak cik, itu yang diterapkan oleh beliau kepada semua pembantu rumahnya, dan ini menunjukkan, beliau adalah seorang yang naif dan seorang yang rendah diri apabila tidak berpolitik.

"Walau di luar saya adalah Menteri, Menteri Kabinet, Majlis Tertinggi (UMNO), namun, apabila sampai sahaja di rumah, saya adalah isteri kepada suami saya, ibu kepada anak-anak saya, nenek kepada cucu-cucu saya, saya bukan Menteri, saya bukan Ahli Majlis Tertinggi di rumah, saya juga manusia biasa".

Simply the best! Hebat!

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya dapat banyak dari program semalam!

2 comments:

  1. huhu ;) semua orang ade kelebihan dan kekurangan masing-masing..

    ReplyDelete
  2. thanks sebab komen. Memang, setiap orang memang ada kelebihan masing2.. tapi lebih baik mengetahui kelemahan daripada tidak tahu langsung.

    ReplyDelete