Nuffnang Ads

Wednesday, February 27, 2013

Hidup bukan senang dik!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Entry lewat malam lagi, takpe lah eyh, janji ada yang membaca biarpun tulisan saya tak seberapa. Hanya input begini yang dapat saya coretkan. Takpe lah kan? hehehe..

Okay, pada setahun setengah yang lepas, saya ada buat banyak entry semasa saya berada di Kuala Lumpur, praktikal 3 bulan dengan Malaysia Tourism Centre, ingat tak? Kalau tak ingat, takpe, cari je entry2 tu mesti ada. Semua tahu je kan, saya duduk rumah sedar semasa di sana kan, bukan itu yang saya ingin cerita kan, apa yang saya ingin cerita kan adalah, kita  jangan jadi manja. Kenapa kita tidak boleh jadi manja. Takpe, diakhir entry ini, saya akan selitkan beberapa pesanan dan pengalaman diri sendiri dan juga pengalaman kawan2. okay?

Baik, saya ceritakan rutin harian saya semasa saya praktikal, pukul 5.30 pagi saya bangun, lepas tu, saya mandi, bersiap dan sembahyang, dan bersiap pakai baju untuk ke tempat praktikal selepas itu, saya sarapan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, sebab diberikan rezeki lebih kepada tuan rumah sebab saya menumpang sarapan dengan mereka. Sebaik sahaja saya siap sarapan, saya pun bergerak ke station LRT Taman Paramount yang terletak lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki. Yup, berjalan kaki. Sebenarnya, saya jikalau ke tempat orang dan tidak mempunyai kawan yang benar-benar rapat, saya tidak akan memanjakan diri saya. Yup. Tidak akan. 

Sesampai sahaja saya di station LRT saya akan bergegas untuk naik LRT yang sampai lah, then, saya akan turun samaada di station LRT Dang Wangi atau station LRT KLCC, dan saya akan berjalan dan menungggu trafik, lebih kurang dalam 10-15 minit bergantung kepada energy pada hari tersebut, tetapi selalunya saya akan sampai ke tempat praktikal dalam masa 10 minit. Agak lama bukan?

Okay, selepas punch card untuk balik, perkara yang sama saya lakukan,  saya berjalan kaki dari MATIC ke station LRT KLCC lebih kurang 10 minit dan berjalan kaki dari station LRT Taman Paramount ke rumah dalam lebih kurang 15-20 minit dan semua ini bergantung kepada energy. Ada energy lebih, saya akan sampai awal, kalau hari tu letih, saya akan berjalan agak perlahan.

Namun, kadang-kadang, kalau hari terlampau gelap, saya akan ambil teksi dengan tambang RM3- RM4 sampai ke rumah. Dan ia akan berulang sampailah 3 bulan. Lama bukan masa yang saya ambil untuk berjalan kaki. Yup, lama.

Tapi, bila saya ceritakan pengalaman ini. jarang ada yang percaya. Okay, sekarang saya belajar di Giat Mara Raub, yang mana saya drive kereta kakak saya pergi ke tempat belajar, bulan pertama saya pergi seorang, okay, namun tetapi bulan kedua, ada beberapa orang yang menumpang kereta saya, saya ni sebenarnya jenis yang sukar untuk menolak pertanyaan, biarpun, kadang-kadang ia menyusahkan saya. Iya memang. Saya memang begitu, dan kadang-kadang, saya hanya pendamkan di dalam hati. Yup, selepas seminggu, mereka naik dengan saya, saya minta bayaran, sebab apa? sebab saya tak larat nak minta duit dengan my parents sebab nak bayar minyak kereta. Okay, mereka bayar lah, mengikut kadar yang saya tetapkan. 

Tetapi, sebenarnya, ada price yang perlu bayar apabila mereka naik dengan saya. Apa itu? Kebebasan. yup, sebab apa? sebab time balik mereka juga akan naik dengan saya dan saya tidak boleh pergi ke mana-mana lah, To be honest, saya adalah seorang yang agak individual. Maksudnya, lebih selesa membuat kerja secara berseorangan, tetapi kalau kena buat kerja berpasukan, saya okay je. Maksudnya, kalau saya ingin kesana kemari, berseorangan adalah pilihan yang saya akan buat.

Berbalik kepada berjalan kaki, saya tidak tahu jikalau lelaki dan wanita berbeza, sebab apa? Semasa saya di KL aritu, berjalan kaki dari rumah ke station LRT, saya juga berjumpa dengan anjing, dan kereta bersimpang siur, tapi saya gagahkan sebab apa? Niat dalam hati saya nak belajar di pagi hari ke tempat praktikal dan saya lebih selesa jikalau ia adalah efforts saya, saya tak nak menyusahkan orang lain, kalau boleh lah, tetapi jikalau terpaksa, selalunya saya hanya selesa dengan kawan yang betul rapat2. 

Mungkin ada yang akan membaca coretan saya ini. Maaflah, saya takde medium lain yang saya ingin coretkan, ini adalah satu-satunya medium yang saya tahu dan dapat membuatkan hati saya berasa lebih baik. Mungkin ada yang terasa, mungkin, tapi hari dorang saya nak jaga? well, saya hanya manusia, kalau saya nak jaga hati orang, hati saya sapa nak jaga? Daripada saya jaga hati orang yang saya tak kenal, lebih baik saya jaga hati ibu dan bapa saya. Betul kan? Pandai-pandailah fikir sendiri, jangan ingat kamu perempuan dan duduk di tempat orang, bermakna kamu tidak boleh berdikari dan tidak boleh nak bergantung pada diri sendiri.

Hidup ini lebih susah daripada itu, betul. Kalau dari jalan besar ke rumah sendiri tak boleh nak berjalan kaki, itu baru sikit dik, dalam dunia ni ada lebih banyak cabaran yang menanti korang semua. So, jangan selalu menyusahkan orang, dan peringatkan diri sendiri bahawa setiap manusia yang lahir ke dunia ini adalah seorang yang kuat. 

Hidup bukan senang tau!
Assalamualaikum WBT

p/s: Lepas pun benda yang terbuku dalam hati. Rasa macam nak try nak bus lah, takpun, naik motor. cam best je....

No comments:

Post a Comment