Nuffnang Ads

Thursday, February 28, 2013

Jangan Jadikan Islam sebagai alasan!!!

Assalamualaikum WBT,

Kalau saya cakap ini, apa respond anda?

"Hidup dalam dunia kita berpegang kepada undang-undang Allah S.W.T. dan jikalau kita berada dalam sesebuah organisasi, undang-undang organisasi lah yang akan kita ikut."

Betul tak apa yang saya cakapkan? Bukan apa, setiap kesalahan sebenarnya bergantung kepada seseorang individu itu tersendiri. Tetapi, jikalau kita bekerja dalam kumpulan, individuality itu ada, cuma kita kena lebihkan group kita. Jangan sebab kita, ahli kumpulan yang lain akan menerima sesuatu yang sama. Okay?

Tadi, ada peristiwa yang agak mungkin membuat orang lain berasa marah dan panas hati. Ia semuanya berpunca daripada kelewatan dan tidak menepati masa oleh kebanyakkan pelatih. Okay, perkara ini sebenarnya sudah berlarutan 2 bulan, mula-mula masuk, ramai yang beratur pada pukul 2 petang namun, setelah 2 bulan, taring dan topeng masing-masing mula terbuka. Mereka mula menunjukkan belang yang tak seberapa nak hitam tu, pudar2 je saya nampak. 

Ada sesetengahnya memberi alasan yang mereka hendak bersembahyang. Ya Allah, kepada yang menggunakan alasan ini, banyak2kan beristighfar dan banyak-banyak meminta ampun dengan Allah SWT. Pernah dengar "Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri"? Pegang kepada kata-kata itu. Kalau kita lewat, jelas sekali itu bukan sebab Allah, jangan kata sebab nak sembahyang kita jadi lambat! JANGAN! Setiap perlakuan yang kita sendiri lakukan itu adalah datang daripada diri kita sendiri.

Baik, kita semua maklum yang masuk waktu Solat Fardhu Zuhur adalah 1.28 petang, jadinya, sebagai mereka yang nampaknya pergi solat setiap petang TIDAK maklum dengan waktu solat Zuhur, itu adalah satu alasan yang LANGSUNG tidak munasabah. Memang tak munasabah langsung. Banyak-banyakan muhasabah diri, jangan menjadi orang munafik, tau cakap tapi tak tau nak amalkan. Jangan buat alasan yang nak bersolat, berpuasa dan sebagainya. 

Memanglah solat itu perkara wajib dilakukan, tetapi, undang-undang dalam organisasi juga perlu diikut. Jangan pentingkan diri sendiri dan sekali-sekala mengaku kesalahan tidak membuatkan kamu jatuh ke bawah gaung, in fact, kamu akan lebih dihormati. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Alhamdulillah. Maaf jika ia terlalu daring. baca dulu sebelum judge. Baca, faham dan sematkan dalam hati.

No comments:

Post a Comment