Nuffnang Ads

Saturday, February 23, 2013

Kampung Ku Mahir di Tok Machang Episode Prelude.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Semua sekarang mesti sihat kan? Baiklah, pada pagi tadi saya pergi ke Kampung Tok Machang untuk bergotong-royong. alhamdulillah, kami pelajar Giat Mara Raub serta penduduk Kampung Tok Machang dengan Pelatih PLKN Benum Hill Resort, Ulu Gali bersama-sama melaksanakan gotong-royong tersebut.

Gotong royong ini adalah untuk membuat persediaan untuk event yang akan dilaksakan oleh Giat Mara Malaysia khususnya Giat Mara Raub, KampungKu Mahir adalah eventnya, dalam event ini, terdapat beberapa aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh gerakan KampungKu Mahir yang mana akan memberikan perhatian penuh kepada penduduk yang menginginkan nilai tambah diri. Banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti jahitan manik, sulaman benang, dan banyak lagi.

Ni adalah gambar yang sempat tangkap ketika di aktiviti gotong royong tersebut.


3 budak comel.

Dua DIVA.


Ni adalah sedikit daripada apa yang saya tangkap, untuk melihat lebih lagi, saya akan upload lagi gambar lain lah ye, bila nanti saya ada connection yang kuat. okay?

Malam ni saya nak pergi ke Bandar Raub untuk menyaksikn sambutan Riang Ria Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang akan dihadiri oleh banyak pihak dan yang paling utama adalah YB Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen, Ahli Parlimen Raub merangkap Menteri Pelancongan Malaysia.

So, insyaAllah, jikalau tiada aral melintang, saya akan pergi ke Bandar Raub pada malam ini dan taking a few pictures to put here.

Assalamualaikum WBT

p/s: Ni online kat rumah akak. hehehe..

No comments:

Post a Comment