Nuffnang Ads

Tuesday, February 26, 2013

Kampung Ku Mahir Tok Machang Episode 1

Assalamualaikum WBT,

Tok Machang, ULU GALI - Bertempat di Kampung Tok Machang, Ulu Gali, Giat Mara Malaysia telah melaksanakan satu program yang diberi nama sebagai KampungKu Mahir. Dengan menawarkan 20 kursus jangka pendek (2 hari) penduduk sekitar diajar supaya mempunyai nilai tambahan dalam diri.

Pelbagai jenis kursus yang dilaksanakan seperti jahitan sulaman benang, jahitan sulaman reben, dandanan rambut lelaki dan wanita, Western food, baking dan banyak lagi. Hebat bukan? Terima kasih diucapkan kepada Giat Mara Malaysia kerana menjayakan program sedemikian. Alhamdulillah, saya juga sempat menyertai kursus sulaman benang yang kebetulan diajar oleh Cikgu Khairul Akmal dari Giat Mara Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Terima kasih cikgu. Nanti saya tunjukkan hasil tangan saya, tetapi sebelum itu, saya nak post beberapa gambar dari hari semalam.

Bengkel dandanan rambut lelaki.

Bengkel dandanan rambut wanita.

Bengkel manicure and pedicure.
See, itu adalah antara gambar yang sempat saya tangkap, enjoy!

Assalamualaikum WBT

p/s: Esok majlis perasmian penutup Kampung Ku Mahir, YAM Tengku Mahkota akan berangkat mencemar duli ke majlis penutup ini.Daulat Tuanku.

No comments:

Post a Comment