Nuffnang Ads

Tuesday, February 26, 2013

Kampung Ku Mahir Tok Machang Episode 2

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Alhamdulillah, tamat sudah program Kampung Ku Mahir yang bertempat di Kampung Tok Machang, Ulu Gali. InsyaAllah, jikalau tiada aral melintang, esok akan diadakan majlis perasmian penutupan, YAM Tengku Mahkota Pahang akan hadir mencemar duli ke majlis tersebut. InsyaAllah. Segala persiapan telah dipersiapkan.

Hari ini tadi adalah hari kedua dan terakhir bagi latihan yang diberikan oleh para tenaga pengajar GiatMara seluruh Malaysia. Ada yang datang dari Giat Setiu, Bera, Muadzam, Bandar Tun Razak, Gombak, Cheras, Lembah Pantai, Kuala Lipis, Cameron Highlands, Bentong, Gua Musang dan banyak lagi. Semuanya bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini, alhamdulillah, syabas diucapkan dan tidak lupa kepada Giat Mara Raub yang bertindak sebagai Urusetia merangkap Tuan Rumah untuk program ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua! Tahniah.

Tidak lupa juga kepada JKKK Tok Machang yang juga bertungkus-lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan juga penduduk Kampung Tok Machang yang rata-rata begitu bersemangat dalam menuntut ilmu dan ingin belajar sesuatu yang baru. Rata-rata penduduk, berpuas hati akan kelancaran program ini dan mereka juga ingin program seperti ini diteruskan di masa-masa akan datang. 

Mari, kita lihat beberapa moments yang telah saya abadikan dalam camera saya. Enjoy.

 

Cikgu Iza, tunjuk bakat!
Hasil kerja saya, hehehe
BUdak2 dandanan.
So, ini dia, huurrmmm, esok saya akan cover untuk majlis penutupan pulak eyh? Nantikan!!

Assalamualaikum WBT

p/s: mengantuknya.. selamat malam.

No comments:

Post a Comment