Nuffnang Ads

Sunday, February 3, 2013

Mereka bakal berkahwin, saya??

Assalamualaikum WBT,

Ramai dah kawan-kawan perempuan saya yang sudah dan akan mendirikan rumahtangga. Saya? saya mungkin lambat lagi, jodoh saya, saya rasa masih jauh lagi, banyak lagi perkara yang saya perlu buat untuk pergi ke jodoh itu. Memanglah usia saya bukan makin lama makin muda, tetapi, jikalau saya masih terawang-awangan, masakan saya punyai kewangan yang cukup untuk menanggung segalanya. Saya masih punyai banyak perkara yang saya ingin capai. yes! saya ada banyak impian yang perlu dicapai.

Memang lah ramai yang cakap, di usia muda ni la kahwin nanti senang, apa yang senangnya? Kalau takde duit, nak buat apa? Senang mati lah kan? Gitu? no no no... Saya tak nak buat macamtu, itu menganiaya tu namanya, berdosa tau tak? Dosa... tau tak?

Ada je yang tanya, "Eh, umur abang dah 25 kan? takde awek lagi ke?", saya jawab, "Entah lah, saya sebenarnya masih tidak terfikir akan benda ni semua, lagipun saya sebenarnya masih ada banyak benda yang hendak saya kejar, kerja. ilmu dan insyaAllah, perniagaan, so, insyaAllah, kalau dipertemukan jodoh, saya tidak menolak." Itu jawapan saya.

Apa-apa pun, ucapan sekalung tahniah kepada yang kawan-kawan yang akan melangsungkan pernikahan mereka, InsyaAllah, segalanya akan berjalan dengan lancar, insyaAllah. Ameen.

Assalamualaikum WBT

p/s: Takde BF/GF pun takpe, janji Allah ada.

1 comment:

  1. HAHA.. dah 25 ke? takpe laki kalo dye kawen lambat pun laku lgi la . tak cm prempuan ;)

    ReplyDelete