Nuffnang Ads

Saturday, February 2, 2013

Psy datang Malaysia? Artis Malaysia takde ke?

Assalamualaikum WBT,

Terbaca akan satu berita yang agak menyakitkan hati, nak baca? KLIK SINI. Patutlah kebanyakkan artis di Malaysia ni memang marah dengan keadaan ini. Kerajaan sendiri pun bawa masuk artis yang kononnya bertaraf antarabangsa ke Malaysia, sedangkan kita sendiri mempunyai artis-artis, selebriti-selebriti yang bertaraf antarabangsa. Well, tambah satu lagi sebab kenapa orang ramai kena undi pembangkang. Nak begitu? Kalau tak nak, fikir dahulu sebelum buat something. Kadang-kadang, mungkin pemikiran pemimpin yang ada ni lain dengan Rakyat tetapi, kadang-kadang, pemikiran pemimpin itu tidak SEMUANYA betul sebab apa? sebab pemimpin itu juga adalah manusia biasa, cuma, mereka lebih bernasib baik dan lebih menonjol untuk diangkat sebagai pemimpin. Itu sahaja.

Jikalau nak diikutkan dalam Islam, setiap daripada umat Islam adalah Khalifah yakni pemimpin, jadinya, kalau diberikan peluang, pimpinlah mereka, tetapi, perlu ingat, menjadi pemimpin ni bukan senang. Kita terpaksa menelan segalanya, SEGALANYA! Trust me.

Eh! lari tajuk lak. Baiklah, berbalik kepada tajuk dari, kemasukan artis luar yang sering kali menjadi perbincangan dalam kalangan artis sendiri. Dah lah dalam Malaysia ni susah nak cari makan dan bertapak, ada pulak yang menyokong arits luar dengan senang wenang membawa artis luar ke dalam negara. Biarpun hanya mungkin persembahannya seketika sahaja, tetapi, kalau peluang ini diberikan kepada artis Malaysia, apa salahnya.

Okay, mungkin alasannya, Chinese New Year, okay, bukan ke ramai artis yang berbangsa Tiong Hua di Malaysia ni? sebagai contoh, Karen Kong, Suki, Daniel Lee dan ramai lagi yang mampu menghiburkan rakyat Malaysia. Secara jujurnya, saya juga suka melihat persembahan lagu-lagu CNY di tv dan seringkali juga saya cuba menyanyikan lagu-lagu mereka kerana saya merasakan tidak salah meraikan mereka dalam meraikan hari raya mereka. CNY, lagipun kita dapat meeratkan persahabatan diantara kaum.

Jadi, jika ada pihak yang ingin membawa masuk Psy yang jelas berbangsa Korea dan tidak ada orang Korea yang mampu bercakap Bahasa Malaysia/Melayu di Korea, ini adalah satu perkara sia-sia. Tak tau lah kalau-kalau Psy akan menyanyikan lagu dalam bahasa Cina, saya tidak tahu. Tapi apa yang saya tahu, dengan kedatangan Psy ke Malaysia mungkin akan mencetuskan ketidakpuashatian ramai artis Malaysia. Mungkin, atau mungkin mereka juga meminati Psy dan gembira dengan kedatangan Psy.

Apa pendapat anda? Shout on the comment below dan sama-sama kita bincang akan hal ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Kalau saya? ffuuuh...

No comments:

Post a Comment