Nuffnang Ads

Tuesday, February 12, 2013

Rakyat juga akan Kepentingan!

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi!!!

Apa khabar semua? Alhamdulillah, saya sihat dan saya sudah pun bersarapan, sekejap lagi, saya akan pergi ke bandar Raub dan mencari ketam! nak buat apa? Nak buat Chili Crabs weh!!! semalam tengok dalam tv, Chef Wan masak, kemain berdecur air liur saya. Memang sedap nampaknya!! Memang.

Okay, dalam perjalanan ke kedai makan, *sebab beli sarapan, terlintas dalam minda saya fasal 'KEPENTINGAN' ataupun 'STAKES', kalau tak silap lah kan.. hehe.. Sebenarnya, kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga mempunyai kepentingan, seperti biasa, mendapatkan pelbagai perkara seperti kemudahan, services, elektrik, air, telefon, internet dan sebagainya, tetapi, pada zaman sekarang ini, kepentingan itu lebih lagi, memang disesetengah tempat elektrik, air, line telefon sudah ada dan ada juga yang masih tercari-cari akan kemudahan tersebut, tetapi kita harus sedar akan kemudahan-kemudahan yang kita perlu ada, itu dinamakan kepentingan. 

Sebagai contoh, kita sebagai Rakyat yang sebenarnya memberikan mandat kepada parti-parti yang ada di Malaysia ini, pro, pembangkang, bebas, tidak kira, cuma kita perlu bijak memainkan peranan. Memanglah kita semua tahu, saya juga tidak dapat nafikan kebaikan Kerajaan sekarang, cuma, kadang-kadang, apa yang mereka lakukan adalah berlebihan, pembahagian wang, menjemput artis luar negara ke Malaysia hanya kerana untuk memancing undi? OMG, please lah, ini menunjukkan minda pemimpin masih ditakuk yang lama. Jangan melakukan perkara yang mampu memakan diri sendiri. Takut nanti, apa yang dilakukan seperti isu Psy ke Malaysia, memakan diri. Ramai yang akan berpaling tadah nanti. Bahaya.

Saya sebenarnya berada di pihak yang betul, sebab apa saya kata begitu, kerana, saya menyokong apa yang betul dan jikalau setiap daripada parti di Malaysia ni, saya rasakan tidak  bertepatan dengan nilai yang saya ada dalam diri saya, makanya, perbuatan mereka adalah salah. Saya tidak membenci Najib, Anwar, Rosmah, dan yang lain-lain, cuma kadang-kadang nilai mereka itu membuatkan saya muak. Sekali lagi, saya tidak membenci mereka, kerana, mereka juga manusia biasa.

Eh, tetiba cakap bab politik. Tak sengaja. da lah, saya nak pergi beli ketam ni, jap lagi saya tunjuk bagaimana ketam itu menjadi sebuah hidangan yang sedap dan menarik yer?

Assalamualaikum WBT

p/s: Yup, saya juga seorang BLOGGER!

No comments:

Post a Comment