Nuffnang Ads

Friday, February 15, 2013

Stressed Out? Scream and Shout!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar??? Hari ni hari Jumaat dan penghulu segala hari! Alhamdulillah, masih kita dipertemukan di hari Jumaat dan alhamdulillah, saya masih beruntung dapat mengerjakan Solat Jumaat tadi. Alhamdulillah. 

Banyak miracle happened pada hari Jumaat ni, tapi kita sebagai hamba-Nya, kita kena percaya dan berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah, segalanya akan menjadi baik. InsyaAllah. Amin.

Seperti biasa, saya kan pelajar jahitan, makanya, menjahitlah kami tadi. Bukan setakat tadi je, masa-masa lain pun, cuma tadi petang, jahitan saya tidak menjadi, automatically saya menjadi stress. Memang stress tapi takpe, itu sebenarnya mengajar kita menjadi bersabar dan menjadi lebih bersedia untuk menghadapi masa-masa akan datang kan? Bukan senang nak menjadi penjahit terhebat di dunia ni. *dalam proses.. hahaha.. *wekk!

Tapi walaupun stress, alhamdulillah, saya berjaya jugak siapkan, *walaupun hanya 90 per cent, hehehe.. tu lah, tadi tu, pinggang getah tu susah sikit nak jahit, kalau tak siap dah saya punya tu, tap malangnya, kepala dah pening, stress, masa takde, jadinya tinggal lah ia tak siap di situ, jawapannya, hari Isnin nanti saya akan siapkan. hehehe...

Baik! untuk sekarang, saya akan berehat dan mencari masa untuk duduk-duduk dulu, then, barulah saya buat kerja balik! yeay! gather my own strengths and soar higher!! always need to have good, positive vibes, right?

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya takkan post komen yang menjatuhkan saya. hahaha

No comments:

Post a Comment