Nuffnang Ads

Saturday, February 9, 2013

TOLONG! Berhati-hati di jalanraya!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti anda semua sedang berehat dan mungkin akan membuat persediaan untuk cuti yang tak lama akan datang, in fact, sekarang ni pun kita sudah bercuti kan? Alhamdulillah.

Okay, hari ni adalah hari Sabtu, selalunya hari Sabtu saya berehat je kat rumah cuma untuk beberapa bulan kehadapan, saya serta keluarga akan pergi berkursus, seperti dalam entry yang saya ada tulis. Tapi hari ni, hanya saya dan mak je yang pergi, ayah tak pergi, sebab ayah ada urusan lain yang perlu diuruskan. 

Tadi kan, ketika dalam perjalanan, kami menyaksikan satu kemalangan yang amat mengerikan. Tak tau Kilometer berapa tapi kejadian tersebut berlaku di Rukam, Sega, kalau sesiapa yang dari Kuala Lumpur yang mungkin sedang memandu pulang ke Kelantan pada pagi tadi, nampak lah kejadian tersebut. Kenderaan terlibat adalah Proton Wira dan Perodua Kelisa, kedua-dua kereta rosak teruk dan kemalangan tersebut mengakibatkan kesesakan lalulintas arah ke Kelantan. Tindakan pantas pihak berkuasa, kenderaan dapat dialihkan pada masa yang singkat. Keadaan mangsa masih tidak dapat diketahui, namun, mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, 2 orang mangsa dari kedua-dua kenderaan dikatakan mengalami kecederaan yang agak serious. Sama-sama lah kita berdoa akan keselamatan mereka. 

Pesanan buat semua pemandu, tolonglah berhati-hati, memang semua hendak cepat sampai ke destinasi tetapi, janganlah sampai membahayakan nyawa orang lain yang berada di atas jalanraya. Bertimbang rasalah sikit, biar perlahan sedikit asalkan selamat. Kalau laju tapi kemalangan, tiada gunanya juga, bukan? Berhati-hati di jalanraya. ingat orang yang tersayang.

Assalamualaikum WBT

p/s: jangan pandu kereta laju sangat!!!

No comments:

Post a Comment