Nuffnang Ads

Monday, February 4, 2013

Tuntulah Ilmu Sampai Mati!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? *mesti saya mulakan entry dengan ayat ni kan? Eh, apa salahnya, bukan apa, kalau tetiba pembaca baca kan, then dia rasa tak sihat, dia boleh makan ubat ataupun rehat, so, at least saya bertanya kan? betul tak?

Okay, alhamdulillah, hari ni hari Isnin dan saya laluinya dengan penuh kejayaan. Haha.. bukan apa, hari saya dan rakan-rakan belajar menjahit poket tampal dan juga ada buat penutup poket. Banyak juga yang saya belajar hari ni, alhamdulillah.

Hari ni, saya takde apa-apa isu yang boleh dibangkitkan. Eh! jap2!! ada, saya nak cakap sal rezeki. Konsep rezeki tu luas sebenarnya kan? Okay. ni saya nak cakap dalam erti kata ilmu. Mendapat ilmu juga rezeki, ia boleh didapati samaada daripada cikgu, surat khabar, kawan-kawan, orang yang lebih tua, orang yang lebih tahu daripada kita, ataupun, kita sendiri yang ingin belajar.

Tadi cikgu Ina tanya saya, "Awak sebelum ni memang belajar ada kaitan dengan fashion ke?", jawapan saya, "Takde cikgu, tapi saya belajar dengan mak sedara, buat baju kurung dan selebihnya saya belajar sendiri". Cikgu Ina, "owh, kiranya awak memang minat lah ni ye?" Saya, 'Iya cikgu, sangat minat".

Tengok, dalam mencari ilmu, minat, keinginan adalah elemen yang paling penting selain sihat tubuh badan, ada sumber kewangan untuk belajar. Jadinya, daripada minat, keinginan inilah yang akan menerbitkan rezeki. Sekali lagi, konsep rezeki itu luas, jadinya, dalam konteks saya ini, ada dua jenis rezeki, satu rezeki ilmu dan satu lagi, rezeki kewangan. Kedua-duanya rezeki kan?

Kesimpulannya adalah, tuntutlah ilmu sampai kamu mati, sebab apa? Tak salah menuntut ilmu, cuma pastikan berguru, bukan apa, menuntut ilmu tidak berguru, nescaya ada Syaitan yang akan menghasutnya. Nak-nak kalau nak baca Al-Quran, bergurulah dengan guru yang bertauliah, okay?

*rasa macam tak cohesive je coretan saya kali ini. hehe.. takpe lah..

Assalamuaalaikum WBT

p/s: cuba bersangka baik. Amin.

No comments:

Post a Comment