Nuffnang Ads

Wednesday, March 27, 2013

Artis Sertai Politik? Hebatkah mereka?

Assalamualaikum WBT,

Semakin lama nak pilihanraya ni, semakin panas cuaca hari kan? Semalam ada lah sedikit bumi Jenud ni ditimpa hujan, itu pun sedikit sangat, tak pun macam dulu-dulu. Kalau dulu-dulu hujan, memang lebat, cam musim tengkujuh lebatnya, tapi sekarang. wahhh.. panasnya.. rasa terbakar kulit, tanned dah jadi kulit ni, memang panas.

Tapi panas hari ni kan, ada lagi satu isu yang panas. Artis menyertai politik. Wahhh, hebat sungguh, nak lebih hebat? Cuba baca Sinar Harian, memang banyak ketelusan yang boleh dikira makan keliling, sebab dia tak berbelah bahagi dalam menyampaikan tulisan. Ada lah juga berita yang berat sebelah, ada, bukan takde, cuma, at least dia tulis bagi kedua-dua belah pihak. Bagus juga, at least terbuka mata untuk baca benda-benda macamtu kan.

Tadi saya da baca fasal Hairie Othman yang telah menyertai politik dan duduk di bawah parti PAS dan dia juga berkata, "Kalau diberikan peluang, saya hendak bertanding", kerusi mana, saya pun tak tau, tapi kalau ada peluang terpijak tu, bertandinglah, cuma janganlah kau bertanding atas tiket nak dapatkan hormat orang lain dan pujian, bertandinglah atas dasar ingin membangunkan rakyat dan membantu rakyat, sebab itu namanya WAKIL RAKYAT, WAKIL RAKYAT dalam bersuara dan lain-lain macam jugak. 

Bob Lokman juga adalah nama yang tidak asing lagi dalam politik, sejak dua menjak ini, dia mengaktifkan diri dalam politik dan parti pilihan beliau adalah parti PAS. Saya sebenarnya tidak kisah namun, ada benarnya kata-kata ini, "Artis berpolitik untuk memancing undi". Memang, seperti Bob Lokman yang sememangnya mempunyai ramai fan base, mestilah beliau akan mengajak peminatnya untuk menyokong apa yang dia sokong, itu sudah pasti, jadi, jangan pandang rendah kemampuan golongan artis ini. Okay?

Kepada semua yang memang ingin berpolitik tanpa ada rasa fikir dua kali. bagus, keputusan anda itu bagus, tahniah saya ucapkan, cuma, ingat KENAPA ANDA BERPOLITIK? tetapkan matlamat, betulkan niat dan sucikan niat anda. Ingat hadith "Innamal a'malu binniat,..ila akhir". "Sesungguhnya setiap perkara itu disertakan dengan niat..." Kalau niatnya baik, baiklah yang anda dapat, kalau buruk niatnya, maka buruklah yang anda dapat. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Slow-slow je...hehhe

No comments:

Post a Comment