Nuffnang Ads

Wednesday, March 20, 2013

Ayat Kursi untuk HANCURKAN Askar Sulu.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah, amin, mintak-mintak semua pembaca dalam keadaan yang sihat walafiat.

Tadi saya berjumpa dengan kawan yang memang lama tak jumpa, tapi dia bukan sama umur dengan saya, dia agak rapatlah kot dengan abang kembar saya. Kawan tersebut adalah seorang askar yang pernah bertugas di merata tempat tapi base dia di Melaka.

Menceritakan tadi fasal kejadian di Lahad Datu, kata dia, memang banyak lagi penceroboh tu dan kalau kita (askar Malaysia) hendak menembak penceroboh tu, kita kena baca ayat Kursi sebab mereka memang kebal dan ada ayat pelindung. Makanya, itu saya memang percaya, kalau tidak, masakan mereka matinya sikit sahaja, kalau tidak mesti mereka mati ramai kan?

dan lagi satu, senjata yang dipakai oleh penceroboh adalah yang hebat dan canggih belaka. Itu pun saya percaya, sebab? Kebanyakan gerila ni memang banyak links dan mereka boleh bawak masuk senjata canggih-canggih dengan mudah, sebab apa? Sebab kawalan keselamatan mereka tidak kuat di sana.

Berbalik kepada kena baca ayat Kursi tadi, ini jelas bahawa kita kena beriman dengan Allah SWT sebab doa adalah senjata yang paling kuat untuk orang Muslim jadinya, kepada semua askar-askar, polis-polis dan wira-wira Malaysia, bacalah ayat Kursi untuk menembusi ayat pelindung kebal penceroboh, InsyaAllah, dengan izin Allah, mereka akan hancur. 

Bukan apa, tadi saya tengok video Penceroboh Sulu yang menyiksa polis tu kan, saya sempat tengok beberapa saat sahaja, saya tidak sanggup nak tengok selebihnya. Memang tak sanggup, mereka sungguh kejam! Kejam, mereka potong jari, Ya Allah, kenapa mereka begitu kejam? Janganlah, hentikan pencerobohan anda, ingatlah perjanjian yang telah dibuat sejak dahulu lagi, janganlah begini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuh negara.

No comments:

Post a Comment