Nuffnang Ads

Tuesday, March 26, 2013

Bincang Politik Di Dalam Kebun Getah!

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya menolong mak saya mengutip getah buku, selepas mengutip buku, mak saya cakap, 

"Mak risau lah dengan sikap pemimpin sekarang ni, *cam pengkritik politik dah mak saya, bukan apa, setiap kali lawatan yang ada, pemimpin negara akan bagi bonus itu, bonus ini, mak bukan cerita fasal BR1M tu, cuma bantuan lain cam pencen dan lain-lain. Mak risau untuk masa hadapan je, iya la takut-takut di kemudian hari, negara kita akan susah."

Saya jawab,

"Tau takpe, macam pencen tu, memanglah bagus untuk rakyat yang penat berkhidmat dan berbakti kepada negara kan? tapi sebenarnya pencen adalah satu perkara yang mampu  membuat negara susah, akan memberikan kepada ekonomi negara, contoh, mak adalah kerajaan, adik *mak saya panggil saya adik tau!, orang yang pencen, pastu tiap bulan mak bagi adik RM800 untuk pencen, tapi adik tak buat apa-apa, tak tolong mak, duduk je, kalau adik sorang RM800, bayangkan puluhan ribu orang lain? kalau setahun berapa? kalau 10 tahun? macamne?, tapi itu takpelah kan, sebab kalau yang kerajaan memang ada pencen, tapi kalau badan berkanun ni? Camne?"

Mak bincang lagi,

"Iyaa lah, tapi kan, mak bukan apa, Najib ni bagus dalam corak pimpinan cuma, dia memanjakan sangat rakyat Malaysia ni, itu nak bagi bantuan, orang ni nak bagi bantuan, setiap lawatan bagi bantuan yang kadang-kadang tak sepatutnya dibagi. Aritu Najib pergi Tanjung Besar kat Lipis, entah bantuan apa yang dibagi, lepas tu, petang tu pergi pulak ke Padang Kuantan, entah bantuan apa yang dibagi pulak. Banyak sangat janji. Lepas mak dengar aritu, ada yang dijanjikan elaun dan baju kalau pergi ke Kuantan, mak tau itu hanya untuk meramaikan orang tapi janganlah janji macamtu sekali kan?"

Saya bincang lagi,

"Memang janji-janji tu nak meramaikan orang, bukan apa, kadang-kadang, tak ramai pun yang datang ke satu-satu event tu, contoh macam Ekspo I Want Sihat Bersamamu kat Raub aritu, yang ramai datang adalah orang Melayu, adik tengok, ramai je yang kaum Cina pergi minum di kedai dan buat seolah-olah takde apa-apa yang berlaku sedangkan jelas ada event di dataran Raub tu".

Mak jawab,

"Itu lah, yang datang tu jelaslah menyokong Barisan Nasional, mak bukan apa, mak risau juga, iya lah, kalau-kalau pucuk pimpinan kita dipegang oleh orang bukan Melayu, mak takut sebenarnya, mak tak nak negara kita ni menjadi seperti Pulau Pinang atau Singpura, nak laungkan azan pun tak boleh, risau mak".

Saya cakap lagi,

"Betul tu, tapi dengan kecelaruan politik sekarang, susah nak cakap mak..."

Kami senyap, dan menanti lori amik getah sampai.

Assalamualaikum WBT

p/s: Kebun getah jadi wadah perbincangan hal politik negara.

1 comment: