Nuffnang Ads

Monday, March 4, 2013

Cucurilah Rahmat ke atas roh mereka. Amin.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti anda semua sihat walafiat kan? Alhamdulillah, di dalam kita bersedih akan kejadian yang mengakibatkan nyawa 6 pegawai Polis Diraja Malaysia gugur di medan pertempuran. Marilah kita banyak-banyak berdoa dan mengadakan solat hajat bagi memastikan kesihatan dan mereka di pelihara oleh Allah SWT. InsyaAllah, dengan izin Allah, segalanya akan menjadi lebih baik, InsyaAllah. Marilah kita banyakkan berdoa kerana, Doa adalah senjata umat Islam yang paling kuat.

Janganlah kita berpaling dari Allah SWT, tunduklah ke bumi dan tadahlah tangan ke langit dan minta lah supaya mereka dilindungi dan semoga mereka memperoleh kemenangan. Amin. 

Sebenarnya, saya sebak tadi menonton lintas langsung TV3 dari TUDM, Subang. Kepulangan jenazah polis yang gugur memang menyentuh hati saya. Ia tidak akan berlaku jikalau tidak ada pertempuran. 

Ya Allah, ya Tuhanku, Engkau lembutkan lah hati-hati mereka (musuh) supaya mereka berundur dari melakukan kerosakan. Sesungguhnya, bumi ini adalah Bumi Mu semenjak sekian lama. Hanya Engkau, Tuhan yang layak disembah dan Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. 

Melihatkan ahli keluarga yang menangis teresak-esak dan meninggalkan isteri dan anak-anak, terasa sebak di dada ini memikirkan hal mereka. Memanglah mereka akan dibantu oleh kerajaan, tetapi, anak-anak tersebut hilang kasih sayang seorang ayah yang selalunya ada disisi dan kini, tiada lagi.

Semoga Allah, merahmati roh mereka.

Assalamualaikum WBT

p/s: Sungguh sebak dan sedih. Siapa yang tak sedih, memang mereka bukan MANUSIA.

No comments:

Post a Comment