Nuffnang Ads

Sunday, March 31, 2013

Datuk Seri Solah Mat Hassan, Bekas Pengarah JPJ.

Assalamualaikum WBT,

*walaupun masih sakit perut, tetap saya gagahkan diri sebab minat menulis.

Baiklah, bila saya sebut nama ini, ada tak sesiapa yang kenal? Datuk Seri Solah Mat Hassan. Beliau adalah bekas Ketua Pengarah JPJ Malaysia. Siapakah beliau? Masih tidak kenal? Baiklah, saya juga tidak mengenali beliau seperti ahli keluarga, tetapi, hendak dijadikan ceritanya, bapa dan ibu saya pernah menjadi keluarga angkat kepada beliau, Razlan bin Rahmat dan Aminah binti Ishak. Jikalau tidak silap saya, ketika itu, Datuk Solah ada program dengan universiti beliau dan ketika itu, beliau terpilih untuk dijadikan anak angkat kepada ayah dan mak saya. Kiranya, Datuk Solah pernah tidur dan makan di rumah lama kami dahulu lah. 

Sekarang Datuk Seri Solah telah pencen tetapi saya percaya khidmat beliau masih diperlukan dengan memberikan pelbagai nasihat kepada JPJ, baiklah, tidak salah jikanya saya menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang beliau. Datuk Seri Solah Mat Hassan dilahirkan di Kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan pada 19 September 1953, (ayah saya lahir pada 20 September 1948). Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gaal; Sekolah Aneka Jurusan (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Tok Janggut); Sekolah Menengah Kamil dan Sekolah Menengah Ismail Putra, Kota Bahru. 

Kemudian, beliau menyambung pelajaran dalam bidang Ekonomi dalam jurusan, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pengajian Pembangunan di Universiti Bath, United Kingdom. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pentadbiran.

Beliau juga telah berkahwin dengan Datin Seri Rihana Yahya dan telah dikurniakan 6 orang cahaya mata. Alhamdulillah.

Kepada Datuk Seri Solah Mat Hassan, jikalau masih ingat dan berkesempatan, adalah kiranya dalam menjenguk ayah dan ibu saya, memang saya tahu, perkara lama jangan dikenang, takpe lah, janji dapat mengimbau kenangan lalu kan? Mana tahu, masih ingat perkara-perkara lama?

Assalamualaikum WBT

p/s: Siapalah saya untuk dia baca blog saya kan? hahahha

No comments:

Post a Comment