Nuffnang Ads

Thursday, March 7, 2013

Diari Harian?

Assalamualaikum WBT,

Adoiyai, macam-macam perkara berlaku tadi, macam-macam sungguh. Tidak saya ingin ceritakan di sini kerana ia membabitkan banyak pihak dan satu organisasi, Jadi, saya berfikiran, adalah ia cukup sahaja untuk saya tahu, kan?

Eh, sudah cerita itu, esok hari Jumaat kan? Esok ada event yang akan berlaku di Giat Mara Raub, nama event tersebut *kalau tak silap saya adalah, Hari Penghargaan Peserta Latihan 1 Malaysia. Jelas sekali, tujuan event ini diadakan adalah untuk menghargai para peserta Program Latihan 1 Malaysia, di mana ia telah berlangsung sama serempak dengan Kampung Ku Mahir di Tok Machang dahulu.

Saya juga ada nama di situ, insyaAllah, kalau takde apa-apa, mungkin ada hadiah untuk saya, hehehe.. InsyaAllah, kalau rezeki Allah dah tulis, tak ke mana rezeki itu. InsyaAllah. Amin.

Apa-apa pun, memang saya agak blank hari ni, ini pun saya baru berehat sikit, tadi duduk tengok tv, sekarang, mak pasang ceramah Forum Perdana Hal Ehwal Islam, saya pun sekali mendengar, tetapi, saya mendengar dari dalam bilik je lah, hehehe...

saya sebenarnya sekarang sedang melakukan survey keatas beberapa gadgets elektronik, hehe. mostly Samsung, saya nak beli, InsyaAllah, jadinya, saya nak! hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: hidup ni penuh pancaroba, betul!

No comments:

Post a Comment