Nuffnang Ads

Monday, March 25, 2013

Ekspo I Want Sihat Bersamamu, 24 Mac 2013, Raub.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Alhamdulillah, memang seronok saya tidur malam tadi, dan saya bangun pada pukul 11.00 pagi, memang lama, terlampau letih disebabkan beberapa program yang ada pada hari Sabtu dan Ahad. Sungguh meletihkan.

Baik, aritu saya dah cerita serba sedikit program pada hari Sabtu dan kali ini, saya nak ceritakan serba sedikit pada hari Ahad. Semalam, ada program Ekspo I Want Sihat Bersamamu anjuran Kementerian Kesihatan dan Parlimen Daerah Raub. Komen saya terhadap program ini? Agak mendapat sambutan TETAPI, pilihan hari yang bangang membuatkan orang tidak pergi. Kepada appointed event organiser yang kononnya riban-riban orang yang datang semalam untuk event korang yang anjurankan, please lah, I too know thing or two about this event organizing. I have been in a  few events and I know, yesterday, it was not event close to 5 thousands people. No kidding. Please lah, saya pun tahu.

Tapi kan, ticketing yang dibuat tu memang lah sesuatu yang luar jangka, sebab, selama ni saya ingatkan statistik yang dibuat oleh organiser adalah sesuatu yang betul tetapi ia bukanlah seperti apa yang kita lihat. KPI katanya ingin mencecah ribuan orang sebab nak memastikan hati Ahli Parlimen atau Penganjur *mungkin puas sehinggakan ada penganjur sanggup menipu statistik. Benda ni sebenarnya memang ada, nak tengok lebih lanjut? Cuma check betul-betul di mungkin pusat pelancongan, di receptionist ke, jangan hanya percaya akan statistik yang dibuat oleh staff anda, kerana kadang-kadang, boss nya kena mainkan peranan benda ni. Warning mereka, dan kaji betul-betul statistik tu bukan apa, kadang-kadang, ada je staff yang buat statistik mengikut suka hati mereka, Tak percaya? Cuba bangkitkan dalam meeting anda. Tengok reaksi mereka. Tapi pastikan sebagai boss, kaji dulu apa yang ingin diperkatakan. Okay? *jangan malukan diri sendiri, bahaya.

Apa-apa pun, pengalaman tetap pengalaman, tetapi jikalau saya disuruh untuk menjadi sukarela sekali lagi seperti itu? Dengan organiser yang sungguh terlampau bangang pengurusannya? Maaflah, minta maaf banyak-banyak, cari lah man power korang sendiri, me and my friends WOULD LOVE TO SAY NO TO THESE THINGS! noway. 

Macamani lah, dalam mengadakan sesuatu program, jangan amik organizer yang tangkap muat je tanpa mengetahui man power dorang berapa kuat. Saya rasa, memandangkan dorang ni terlampau sangat inginkan sokongan *ini bukan organiser tapi ini GOVERNMENT, sehinggakan dorang membuat beberapa program dalam satu-satu masa. Korang tau tak bahawa pada hari Ahad lepas ada satu lagi event di Felda Tersang di mana ia juga membabitkan Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, beliau telah menghadiri kedua-dua event ini, namun malangnya, disebabkan ada dua event yang berlainan, fokusnya telah hilang. Sebenarnya, untuk memastikan orang ramai ataupun tidak yang datang ke sesuatu event itu, FOKUS mesti ada. Kalau nak buat event, pastikan jangan ada clash dengan event lain, kalau tidak, pecahan pengunjung akan berlaku. Okay? Ramai sangat ke penduduk Raub nak pergi ke kedua-dua event? Ha? Fikir sikit lah, jangan main buat je okay? 

Lagi satu, dalam buat event, faktor Menarik dan Menolak haruslah dianalisa, janganlah main buat je suatu event tu, nanti orang cop membazir. okay? Sebagai contoh, hari Ahad, unless korang tu TV 3 yang buat Jom Heboh, lain cerita lah, ini tidak, artis yang datang pun setiap bulan datang Raub, siapa? Ifa Raziah, rasanya, bulan lepas dia dah datang dah. Berbalik kepada faktor Menarik dan Menolak tu kan,  saya fikir, hari Ahad adalah kedua-duanya, sebab, pada hari Ahad, ramai yang ingin berehat dirumah, setelah penat bekerja dan berehat sebab esoknya hendak bekerja lagi kan? Untuk faktor menarik pulak, hari Ahad mungkin untuk mereka yang suka outing, iya lah, walaupun ada yang letih tetapi disebabkan selalu keluar pada hari Ahad, mereka tetap akan keluar juga.

Cuaca, cuaca boleh jadi faktor menolak di sini, sebab apa? Disebabkan cuaca semenjak dua menjak ni TERLAMPAU PANAS, makanya, ramai yang berfikir banyak kali untuk pergi ke event tu. Lagi satu faktornya adalah, sikap penganjur itu sendiri. Memang sebenarnya kam *saya dan rakan-rakan hanyalah sebagai sukarelawan yang dibayar, tetapi pada pendapat saya, disebabkan pengagihan kerja yang kacau-bilau, dan langsung tidak ada maklumat persediaan sebelum event berlangsung, hasilnya, kami memang tidak akan join perkara seperti ini lagi, begitu teruk kan sehingga kami tidak akan join lagi, jadinya! take note everybody! 

panas wwooo time ni!!





semua dah letih giler dah!!!
Takpe lah kan, saya akan cakap kepada cikgu Mail fasal benda ni nanti, dan InsyaAllah, selepas ni, takde dah lah perkara seperti ini berlaku kepada pelatih-pelatih Giat Mara. Amin. Jadi, saya hanya akan post gambar-gambar yang gembira sahaja. hehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: MagicDreams Media. *ppfffttt

No comments:

Post a Comment